Cara Atasi Kaki Sakit Kena Simpul Mengkarung Masa Mengandung



Cuba bayangkan, masa sedang tidur tiba-tiba kaki terasa sakit sangat akibat simpul mengkarung. Ada juga yang kata simpul biawak. Mat salleh pulak kata, Cramp.

Ouch! Memang sakit sangat ok..... Orang yang pernah kena je tahu. Nak pulak time perut sarat mengandung. Nak alih kan badan dan kakim baring terasa perit sangat kan...

Siti selalu kena simpul mengkarung ni masa mangandung anak sulung. Terutama belah kanan. Rasa nak nangis tau (memang dah nangis pun...huhu) suami juga lah yang jadi mangsa. Bila kena cramp ni terus je tepuk-tepuk dia tolong picit hujung jari.... maka terpaksa la Encik Husband bangun dan tolong picit..walaupun mata mengantuk .. 

Sumber dari Berita Harian Metro, 28 Nov 2019.

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi Dr Wan Masliza Wan Daud, kejang kaki adalah masalah biasa ketika hamil yang kerap dialami ketika trimester kedua dan ketiga. Ia tidak diketahui puncanya, namun pakar perbidanan berpendapat ia disebabkan perubahan hormon kehamilan progesteron, yang boleh memberi kesan kepada otot kaki.

“Kejang kaki dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot menjadi kejang. Ia terjadi secara tiba-tiba pada waktu malam terutama apabila sedang tidur atau cuaca sejuk. Ada juga wanita kerap mengalaminya ketika memandu kenderaan, menyarung seluar, melangkah menaiki tangga atau paling tragis ketika menukar posisi tidur,” katanya.

Selain itu uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Akibatnya kaki menjadi kejang. Seperti mana berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan yang sedang sarat ini.

Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah turut menjadi punca masalah kejang kaki. Keadaan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan terutama pada trimester kedua dan ketiga.

“Ambil makanan berkhasiat kaya kalsium dan magnesium. Minum dua gelas susu sehari untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan juga mengelak kaki menjadi kejang,” katanya.

Apabila ia berlaku, buat regangan serta merta dengan menegakkan hujung kaki sehingga kesakitan hilang kemudian gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Cara ini dapat melegakan kesakitan sebelum anda boleh berjalan seperti biasa.

Kalau ada baca dari sumber di atas, ada di nyatakan punca berlaku masalah kejang semasa hamil adalah di sebab kan kekurangan Nutrien dan garam mineral seperti Kalsium.

Boleh rujuk sini, ada Siti ceritakan juga bagaimana ibu mengandung boleh terjadi kekurangan kalsium.

Masa mengandung sulung, ilmu mengenai Nutrisi sangat cetek. Jadi Siti tak ambil berat sangat. Tapi sebab dah selalu sakit terpaksa juga ke klinik berjumpa doktor. Dan memang doktor mencadangkan untuk amal pengambilan supplement kalsium. 

Siti mahukan Pil kalsium yang terbaik dan rendah risiko kesan sampingan jangka pendek dan panjang. Akhirnya, menemukan Siti dengan Ostematrix Shaklee. Iaitu Pil Kalsium yang cukup imbangan tinggi rendah bagi menguatkan tulang dan pembentukan tulang. So ini lah "penyelamat" Siti dari terus di serang simpul mengkarung yang menyakitkan.

Alhamdulillah sejak amalkan kalsium, dah kurang sangat terkena simpul mengkarung semasa tidur. Tidur pun dah semakin lena. Esok pagi bangun terasa fresh sangat. 

Jadi, bagi anda yang juga tecari-cari pil kalsium yang sesuai dan selamat untuk di amalkan sewaktu hamil dan selepas hamil Siti sangat syorkan Ostematrix Shaklee. Sebotol cukup untuk kegunaan sebulan. Harga pun sangat berpatutan.

Kalau korang nak beli dan nak juga konsultasi percuma dari yang pernah mengamalkan nya, boleh terus contact Siti, Siti 019-552.2329.

Jom lihat, Set Mengandung yang Siti amalkan

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini





No comments:

Post a Comment