Kenapa kita perlu jadi Kaya Raya

"Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya akan jadi cemerlang juga."
Petikan kata-kata Dari Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi
image
Siapa yang tak mahu kaya? Ramai orang nak kaya tapi apakah sebabnya? Saya juga mahu kaya dan sata juga ada sebsb mengapa saya nahu dan perlu menjadi kaya, insyallah jika boleh kaya raya.
Sebagai umat Islam kita berpegang pada 2 rukun iaitu rukun ISLAM dan IMAN. Setelah mendalami erti Rukun Islam sepenuhnya, pasti kita akan mengatakan, Ya! setiap umat ISLAM perlu KAYA.
RUKUN ISLAM
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah"
2. Solat 5 Waktu Sehari
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Membayar Zakat Fitrah
5. Menunaikan Haji.
Cuba teliti, dan lihat secara mendalam, hanya mengucap sahaja dilakukan tanpa menggunakan DUIT manakala selebihnya melibatkan duit. Secara kesimpulannya umat Islam perlu KAYA untuk kesempurnaan diri sebagai umat Islam sejati.
Malangnglah jika ingin jadi kaya hanya kerana mengejar keduniaan semata-mata. Sepatutnya kita kejar kedua-duanya sekali. Ingatlah, "jika kita mengejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita"
Dengan menjadi KAYA kita mudah melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga iaitu menyediakan rumah, pakaian yang menutupi aurat, makan & minum dan juga mungkin dapat mengerjakan amal seperti bersedekah dan membina masjid.
Persoalannya:
Bagaimana AKU NAK KAYA? Rujuk didalam AL-Quran yang diturunkan untuk membimbing Umat MUHAMMAD. Didalam Al-Quran ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah melalui perniagaan tetapi dapat dilihat lebih ramai yang selesa mengejar 1/10 iaitu makan gaji.
PERNIAGAAN memberi keuntungan dan keuntungan adalah lebih baik dari gaji. Mungkin selepas membaca rencana ini ada diantara anda yang mula terdetik untuk berniaga dan mungkin juga yang masih ingin mengekalkan diri dengan makan gaji. Apa jua keputusan, saya hormati dengan hati yang terbuka.
Bagi saya ini adalah peluang untuk saya kongsikan inspirasi dan apa yang saya rasa demi membangunkan jati diri dan mungkin mengubah kehidupan umat Islam yang semakin sempit dan sakit menjalani kehidupan yang semakin meningkat kos sara hidup.
Cara Daftar Ahli Shaklee
Kelebihan Daftar Shaklee dengan saya

No comments:

Post a Comment