Tips penjagaan Jantung Sihat

image
Jantung adalah salah satu organ penting dalam tubuh. Tapi tahukah anda bagaimana memelihara kesihatannya?
Mari saya kongsikan bagaimana cara menjaga kesihatan jantung. Kerana jantung sihat kesihatan terjamin.
1. Perbanyakkan kegiatan spiritual:
menghadiri kegiatan keagamaan dan meditasi. Kegiatan ini dikatakan dapat menormalkan denyutan jantung dan
dapat mengurangkan stress. Selain itu dengan melakukan aktiviti kreatif yang diminati seperti melukis, mewarna atau apa-apa sahaja yang dapat mengekpresikan diri.
2. Kawal Emosi:
marah boleh menyebabkan pembuluh darah mengecil dan seterusnya menyebabkan jantung berdegup kencang, serta mengentalkan dan menggumpalkan darah. Jadi cuba kawal perasaan marah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jauhi perkara yang menyebabkan kemarahan terjadi.
3. Fokus pada satu pekerjaan sahaja:
cuba elakkan melakukan banyak perkara dalam satu masa, cuba lakukan kerja dengan teratur iaitu melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa.
4. Hindari menonton berita atau cerita yang tidak baik:
supaya suasana hati akan jadi lebih
tenang dan baik.
5. Mengawal perasaan:
lebihkan kepada kegembiraan dan ketawa kerana pembuluh darah akan relax dan
meningkatkan aliran darah kepada 25%.
6. Tidur yang cukup dan berkualiti: Menurut Marwick Mdical School, wanita yang tidur 5 jam atau kurang dalam sehari berisiko 2 kali ganda akan menghidapi hipertensi daripada mereka yang tidur 7 jam atau lebih.
7. Mendengar muzik:
Muzik yang menenangkan juga dapat
melebarkan arteri. Sekaligus melancarkan peredaran darah.
Kita hanya ada satu jantung, sayangi jantung kita.

No comments:

Post a Comment