Mahu menurunkan berat badan dan tahu bagaimana menurunkan berat badan adalah dua perkara yang berbeza.
Mestilah "TAHU bagaimana" barulah Boleh berjaya menurunkan berat badan.
Jika becakap mengenai pengurangan dan penambahan berat badan sebenarnya kita bercakap mengenai kalori. Ianya mengenai jumlah pengambilan kalori tolak jumlah pengeluaran kalori.
Sekiranya jumlah pengambilan kalori lebih besar daripada jumlah pengeluaran maka tidak hairan jika berat TIDAK akan berkurang tetapi BERTAMBAH!
Untuk menurunkan 1kg, sebanyak 7700 kalori perlu dihapuskan. Ini saya akan terangkan lebih lanjut dibawah.
Jangan hairan, jika ada individu mahu menurunkan berat badan dan terus mengambil langkah untuk mengurangkan makanan. Tetapi hasilnya...tetap sama. Berat tidak turun malah bertambah pula...
Lebih parah lagi, sewaktu usaha gagal, ada pulak kata-kata yang menyumbat ke telinga "aku ni memang sudah begini" "aku ni memang tak boleh kurus" "memang dah baka aku besar, nak kurus pun tak boleh" "lantaklah..gemuk pun gemuk lah..' Kata-kata orang yang putus asa. (Sebabnya "tidak tahu bagaimana")
Sudahnya, pergi makan lebih banyak lagi dan menjadi lebih besar... Ohooo no no no no.... Ataupun ada yang ambil langkah drastik, pergi mengunjungi pusat kuruskan badan dan berhabis puluhan ribu ringgit. Hasilnya hanya sementara ataupun langsung tidak berhasil..... haish.... berat badan masih sama hutang pulak yang menimbun. Adeh...sadis skali....
Mengapa situasi ini terjadi?
Situasi begini terjadi apabila kurangnya pengetahuan penurunan berat badan. Dan berasa kecewa kerana sudah rasa usaha telah dilakukan tetapi hasil masih tidak memberangsangkan. Iaitu berat badan masih lagi tetap tidak berganjak.
Baiklah. Jangan bersedih dan bermuram lagi. Mari saya kongsikan serba sedikit mengenai "bagaimana cara penurunan berat yang berjaya"
Penurunan berat badan adalah semuanya tentang KALORI
Nak atau tidak, suka atau tidak, penurunan berat badan adalah mengenai Kalori. Jadi sebelum memulakan program menurunkan berat atau apa sahaha jenis diet yang ingin dilakukan anda HARUSLAH faham mengenai kalori.
Lebih tepat lagi, asas PENURUNAN BERAT ialah jumlah pengambilan makanan (kalori) lebih kecil daripada jumlah pengeluaran atau tenaga yang digunakan (kalori)
Berapa kalori yang diperlukan untuk menurunkan berat 1kg?
Untuk menurunkan 1kg kita perlu MEMBAKAR sebanyak 7700 kalori.
Ya! 7700 kalori = 1kg berat badan
Bermakna, untuk pengurangan 5kg
7700x5kg = 38,500 (kalori perlu dihapuskan)
Jadi, jika Target untuk kurangkan 5kg dalam masa 5hari maka:
38,500kalori/5hari = 1100kalori sehari perlu di hapuskan.
Bagaimanakah caranya untuk menghapuskan 1100 kalori sehari?
Nampak tak permainan kalori di situ?? Hehee sekarang kita sudah ada target untuk mengurangkan 5kg, iaitu perlu menghapuskan 1100kalori sehari selama 5 hari.
Persoalannya bagaimana? Haa nampak.. otak mula berhubung apabila bertanya soalan. Hehee
Bagi mencapai sasaran 1100 kalori sehari, ada 3cara iaitu:
1) Diet sahaja (banyak dugaan dan godaan...susah)
2) Bersenam sahaja (penaatt....tak de masa)
3) Gabungan senaman dan diet (haa...yang ni senang, berkesan dan tidak menyeksakan jiwa raga...hihii)
2) Bersenam sahaja (penaatt....tak de masa)
3) Gabungan senaman dan diet (haa...yang ni senang, berkesan dan tidak menyeksakan jiwa raga...hihii)
Jadi...berdasarkan pilihan yang kita ada...saya cadangkan yang pilihan ketiga, iaitu gabungan diet dan senaman. Ini membolehkan kita makan makanan kegemaran kita TETAPI haruslah dalam kuantiti orang diet ye...jgn nain hentam jew...pastu buat senaman ringkas tapi konsisten. Terbaik!
Contoh:
- Kurangkan pengambilan makanan 550kalori sehari.
- Tambahkan pengeluaran kalori/ kardio 550kalori sehari.
- Tambahkan pengeluaran kalori/ kardio 550kalori sehari.
Diet 550 kalori + kardio 550 kalori = 1100 kalori di bakar.
Jika pembakaran kalori ini berterusan dan konsisten anda pasti berjaya menurunkan 5kg dalam 5 hari.
Didalam entry seterusnya saya akan kongsikan bagaimana diet 550 kalori sehari dan kardio 550 kalori sehari.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertanyaan terus hubungi saya wassap/ sms puan Siti 019-5522329
Anda juga mungkin berminat dengan link ini :)
No comments:
Post a Comment