Jika mempunyai sebarang hajat, cuba lakukan Istighfar dengan bersungguh untuk memohon keampunannya semata-mata dan usah minta selain dari keampunannya. lakukan selama 3hari berturut-turut... dan nanti lihatlah keajaibannya...insyallah
- tips dari blog 11 Kelebihan Istighfar Yang Patut Anda Tahu, Tazkirah.Net
"Tidakkah kita berasa rugi! Kita perlu sedari bahawa istighfar perlu berterusan sehinggalah kita menemui mati. Ianya bukan program pengajian dan wirid secara part time. Istighfar adalah modul, program wirid harian dan pekerjaan yang perlu dilakukan secara full time. Ini kerana, kematian itu dirahsiakan Allah"
- dipetik daripada buku Hebatnya Kuasa Istighfar keluaran Pustaka Azhar
"Barangsiapa sentiasa beristighfar nescaya ALLAH memberikan jalan
keluar untuk setiap kesedihannya dan membuka jalan untuk setiap
kesempitannya dan ALLAH memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka."
(HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Hadis di atas sangat famous. Benar jika kita banyakkan istighfar inshaALLAH kita akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka tapi istighfar bukan sahaja di mulut ianya perlu lahir dari hati. Maksudnya di sini istighfarlah bersungguh-sungguh dan khusyuk. Hayati makna istighfar. Kita ini hamba hina setiap saat dan detik kita melakukan dosa. Jadi, perlulah istighfar itu dijadikan zikir dan kita khusyuk dengan apa yang kita ucapkan.
"Aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling mengetahui tentang
ALLAH. Namun, aku beristighfar kepada ALLAH sehari semalam
lebih daripada 70 kali"
(HR Ibnu Majah)
SubhanALLAH...Junjungan Besar, Kekasih Hati ini yang maksum pun turut beristighfar sehari melebihi 70 kali. Mungkin ada yang rasa sikit tapi perlulah sedar bahawa itu adalah nilai yang minima okay. Sehari at least 70kali. Kita ni sehari 10kali pun belum tentu. ALLAHURABBI.
sekarang anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan, jadi jom kita beristighfar bersama, cubalah berlapang dada dan kembali kepada nya Tuhan yang satu dan mengaku kita hanyalah kerdil dan sementara saja di dunia ini....segala kekuatan, kekuasaan, kecantikan hanyalah milik Allah. dia lah yang maha kaya dan maha memberi jika dia mahu, maka kita pohonlah kepadanya. insyallah jika segala yang dilakukan dan di usahakan tidak menjadi...maka kita cuba periksa semula hubungan kita dengannya...kita perbaiki, kita perbetulkan, kita tambahkan amal kepadanya... tak rugi pun...untung lagi ada :D
jom sama beramal :)
No comments:
Post a Comment