8 Cara Atasi Bayi kembung perut supaya supaya ibu boleh tidur lena


Sudah menjadi lumrah untuk bayi memang selalu menangis. Kerana hanya itu yang mereka dapat lakukan untuk mengekspresikan perasaan mereka. Menangis merupakan komunikasi bayi yang biasanya menandakan bayi tidak selesa, berada dalam kesakitan, lapar, kesejukan atau kepanasan ataupun bayi sedang mengalami masalah kembung perut ataupun kolik.

Tanda berlakunya kolik adalah apabila bayi kembung perut , menangis sambil mengangkat kakinya dan menjerit pada satu masa biasanya di antara jam 6 petang sehingga 12 malam. Sehingga 28% bayi mengalami keadaan ini dan biasanya berlaku pada minggu ke 2 hingga 6 selepas dilahirkan. Lebih 85% kes sebegini berakhir ketika bayi berusia 3 bulan.

Tips Menghadapi dan Mengatasi Masalah Kembung Perut Bayi

Masalah kembung perut bayi merupakan masalah yang biasa berlaku dan ia boleh diatasi serta juga boleh dielakkan. Sebagai ibu dan bapa, kita lah yang peu mencari ilmu dan banyak membaca tebtang ragam anak-anak supaya kita tidak mudah melenting dan cemas.

Terdapat beberapa perkara yang boleh ibu lakukan untuk menghadapi dan mengatasi masalah kembung perut ni. Jom kita semak bersama dan semoga bermanfaat.

Tips 1 – Dukung dan dakapkan perut bayi ke dada

Apabila bayi mengalami kembung perut, cuba dukung bayi sambil mendakapkan perutnya ke bahagian dada ibu. Selain itu, ibu juga boleh tiarapkan bayi sambil urut belakangnya perlahan-lahan menggunakan minyak bayi yang lembut dan menenangkan. Jangan pula urut menggunakan minyak panas tau. Nantibtambah menangis lagi.

Tips 2 – Dukung bayi lebih kerap di waktu siang

Kajian menunjukkan, mendukung bayi lebih kerap pada waktu siang dapat mengurangkan kembung perut bayi atau elak bayi meragam pada waktu petang kerana kembung perut kerap berlaku pada waktu petang. Jika tidak larat untuk dukung boleh bergilir-gilir dengan husband atau keluarga terdekat.

Tips 3 – Berhati-hati dalam pemakanan (Bagi bayi yang diberikan Susu Ibu)

Jika bayi yang diberikan susu ibu mengalami kembung perut, ada kemungkinan ianya berpunca daripada pemakanan ibu. Jadi ibu perlu juga ambil tahu mengenai makanan yang boleh menyebabkan kembung perut dan cuba elakkan.

Tips 4 – Elak berikan puri buah-buahan sebelum usia bayi 6 bulan

Elakkan memberi puri buah-buahan kepada bayi sebelum berumur 6 bulan. Sesetengah bayi yang berumur 4 hingga 6 bulan dan pernah mengalami kembung perut didapati lebih mudah mengalami kembung perut, ketidakselesaan dan gangguan semasa tidur selepas meminum puri epal dan puri pir.

Tips 5 – Jangan goncangkan bayi

Ketika bayi sedang mengalami masalah kembung perut, jangan sesekali mengoncang-goncangkan bayi kerana ia boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak, memberi kesan kepada mata dan boleh membawa maut. Berikan bayi anda urutan lembut di perut atau dada.

Tips 6 – Penawar kepada masalah kembung perut

Cara menyembuhkan kembung perut adalah dengan menyendawakan bayi, mengurut perut dengan minyak/tuala panas, mengurut belakang bayi, memandikan bayi dengan air suam dan juga boleh mencuba buat gerakan seakan-akan mengayuh basikal kepada bayi.

Tips 7 – Ibu jangan stress

Tangisan bayi boleh menyebabkan ibu merasa stress, cemas dan kadang kala menyebabkan marah. Sabar ibu, cuba tarik nafas dalam-dalam selama beberapa saat, dan hembuskan perlahan-lahan. Fahamilah keadaan bayi yang sedang kesakitan. Namun, jika ibu tidak mampu menahan perasaan, serahkan bayi dengan orang lain dan ambil masa untuk menenangkan fikiran. Ibu harus tabah, saat inilah bayi anda sangat memerlukan belaian dan sokongan ibunya.

Tips 8 – Bawalah berjumpa doktor

Jika keadaan bayi tidak surut setelah mencuba teknik dan tips mengatasi masalah kembung perut di atas, segeralah bawa bayi berjumpa doktor agar doktor boleh pastikan yang anak anda cuma mengalami kembung perut biasa dan bukannya kerana penyakit lain.
Ibu perlu ingat, selagi bayi berhenti meragam selepas beberapa jam dan bertenang sepanjang hari, ibu tidak perlu risau. Perangai bayi yang mengalami kembung perut biasanya bukanlah tanda satu penyakit dan tidak membawa kesan berterusan kepada bayi. Namun, jika bayi demam, muntah atau mengalami cirit birit atau perut kelihatan kembung sehingga menampakkan garisan urat, segeralah bawa bayi ke hospital.
Semoga bermanfaat mommies 

No comments:

Post a Comment