Cara pasang wall sticker yang di beli dari Lazada.
Baru-baru ini saya ada beli wall sticker di Lazada. Saya beli untuk lekat di bahagian dinding berhampiran tangga. Sebab nampak kosong di situ. Saya tidak lah pandai menggubah Bunga apatah lagi mengecat. Jadi cara paling cepat, cantik, mudah dan murah adalah dengan menggunakan wall sticker. Hehee
Ada banyak jenis dan pilihan ayat. Kebanyakan nya adalah kata - kata motivasi yang boleh juga di jadikan kata semangat setiap kali naik dan turun tangga.
Kualiti wall sticker
Walaupun harga nya murah (masa saya beli haritu harga nya rm14.90 free postage) tetapi Kualiti sticker dan potongan setiap huruf nya adalah berkualiti dan pelekat nya juga boleh di tanggalkan dan di pasang semula jika tersalah lekat. Dan ia juga tidak merosakkan permukaan dinding. Kiranya kalau next time nak tukar yang lain, boleh la cabut dan tampal yang lain pula.Cara pasang wall sticker
Wall sticker di datangkan di atas segulung kertas seperti sticker. Yang boleh di tanggalkan dan ada gam di belakang nya. Jadi tak perlu gunakan gam lain.Cuma ia tidak la terus tersusun mengikut ayat. Kita kena gunting dan susun setiap perkataan. Pada mula nya macam agak leceh dan rumit. Tapi kalau kena pada teknik nya, tiada masalah pun.
Kesilapan semasa melekatkan wall sticker:
Saya ada terbaca komen di lazada yang kata kena susun setiap huruf. Maknanya kalau perkataan "home" kita kena gunting setiap huruf dan susun! Tolong jangan gunting setiap huruf Ya. Sebab ia sangat leceh dan kebarangkalian untuk perkataan itu senget dan jarak setiap huruf kelihatan tidak sama adalah sangat tinggi. Hasilnya juga pasti mengecewakan.Pengalaman kami masa first time cuba lekat kan wall sticker:
Kami menghabiskan masa selama dua jam untuk siapkan wall sticker ini. Pada permulaan nya kami gunting setiap perkataan. Lepas tu rasa kenapa tidak gunting saja satu baris ayat. Hahahakemudian, baru terfikir kalau sticker ni dah siap tersusun satu perenggan, kenapa tidak gunting terus satu perenggan dan lekatkan . Lebih senang dan confirm teratur baris nya dan tidak senget. Cuma ada sikit bahagian perenggan yang perkataan nya perlu di gunting. Itu lebih baik kan dari kena gunting setiap perkataan.
Jadi, saya nak kongsikan kepada anda cara yang betul, tanpa buat salah atau buang masa. Masa itu kan emas. Jom Lihat di bawah sini.
Teknik yang betul:
1. Bentangkan Sticker di atas meja atau lantai.2. Dengan menggunakan tuala, tekan perlahan di atas semua permukaan sticker utk pastikan kesemua huruf betul-betul melekat sebelum di tarik. Ini untuk mengelakkan huruf nya dari tercabut atau terpisah dengan huruf yang lain. Kalau dah terpisah nanti nak bagi sama semula tu agak payah.
3. Baca dengan teliti setiap perkataan dan susun mengikut gambar asal.
4. Gunting mengikut ayat. Ada juga yang memang dah siap susun untuk satu perenggan. Kalau se perenggan tu dah siap susun, gunting terus satu perenggan.
5. Tandakan tempat untuk melekat kan sticker di dinding.
6. Lekatkan sticker yang dah di gunting ke tempat yang di tanda. Kami ukur menggunakan pembaris air utk pastikan setiap ayat lurus dan tidak tersenget.
7. Untuk hasil yang nampak besar untuk kawasan dinding yang besar, jarakkan setiap perenggan.
Ulang langkah pertama jika masih ada lagi ayat yang perlu di lekatkan.
Ini lah hasilnya Wall Sticker yang kami lekat kan di dinding berhampiran tangga.
Kalau anda beli wall sticker jenis gambar dan nak pastikan gambar tersebut berada di centre, lihat video di bawah ini.
Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment