Kuih Nekbat Tradisional Wan Zainab, Bachok Kelantan

Kuih Nekbat turun temurun Wan Zainab di kampung Perupok, Bachok Kelantan.


Kuih Nekbat Wikipedia

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. 

Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.


Kuih Nekbat Wab Zainab

Lebih kurang sama kuih Nekbat Wan Zainab dengan Wikipedia di atas, cuma kuih Nekbat Wan Zainab di sediakan sendiri dari mula hingga akhir.


Sambut Raya Di Kelantan

Cuti raya tahun 2018 adalah giliran balik ke kampung kelantan. Kebiasaannya nya Sepanjang bulan puasa mak mertua saya membuat dan menjual kuih Tradisional Kelantan, kuih Nekbat yang di warisi dari turun temurun.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk merakam kan proses pembuatan kuih Nekbat untuk di kongsikan kepada anda dan juga buat rujukan dan informasi buat generasi baru supaya warisan ini tidak di lupakan. Insyallah.

Penyediaan Kuih Nekbat


Cara penyediaan kuih Nekbat ini adalah 100% mengikut gaya Tradisional. Ia masih menggunakan acuan tembaga dan bakar di atas arang dan sabut kelapa. Serta memukul telur secara manual menggunakan "genjok" (bahasa kelantan).

Seawal pagi lagi krew Nekbat Mek (panggilan buat mak mertua saya) sudah sampai ke rumah untuk memulakan tugas.

Nekbat Krew

Tukang kacau. Mek adalah tukang kacau, yang menentukan rasa dan kualiti kuih Nekbat. Mek juga yang membuat adunan Nekbat dan memantau proses pembuatan dari mula hingga pembungkusan.

Tukang pukul telur. Kerja nya hanya pukul telur sehingga kembang dari pagi sampai petang. Seramai dua orang. Seriusly tugas ini bukan lah mudah. Dan kalau orang biasa seperti saya buat, belum tentu telur boleh kembang, gebu dan ringan dan mampu melakukan hingga ke petang. Aduhai, lenguh weh... Lima biji telur itik di perlukan pada satu masa.

Tukang Bakar, tukang bakar kerja nya ialah membakar Kuih Nekbat. Tugas ini juga perlukan kemahiran mengawal api dan kemahiran menggagak kuih sudah masak atau belum. Sebab nya ia di bakar menggunakan api arang, maka tidak sama seperti kita bakar dalam oven. Suhu panas yang sekata. Api arang suhu panas tidak sama dan perlu berjaga-jaga supaya api tidak terlalu besar atau terlalu kecil agar kuih di masak cantik dan tidak hangus atau belum masak semasa kuih di keluarkan.

Tukang Bungkus, kerja nya hanya membungkus Nekbat yang sudah siap di sira. Ia ikat ke dalam plastic. Style orang kelantan Bungkus plastic mesti plastic nya kembung seperti belon. Ada 5 biji dalam satu plastic yang di jual dengan harga RM2. Kebiasaannya pada setiap hari sebanyak 2500 biji kuih Nekbat di hasilkan atau bersamaan 500 bungkus.

Cara penghasilan Kuih Nekbat secara Tradisional:

Langkah Penyediaan Kuih Nekbat

Kredit kepada Mr Husband yang tolong ambil kan gambar dan video pembuatan Kuih Nekbat. 


Air gula di masak bersama daun pandan dan bunga cengkih



Ada juga kuih Nekbat yang hangus



Proses Bakar Kuih Nekbat



Kuih Nekbat yang sudah siap di bakar akan di rendam sebentar di dalam air gula. Atau orang kelantang sebut di sira. Ia di sira hingga kuih Nekbat kembang. Lebih kurang selama dua minit.



Kuih Nekbat yang sudah siap di sira dan sedia untuk di bungkus. 


Jemput tonton Video pendek cara bakar kuih Nekbat secara Tradisional ini







Kuih Nekbat ini hanya di buat pada bulan puasa. Jadi bagi anda yang teringin sangat nak rasa moh la singgah ke kelantan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment