Resipi Sosej Egg Roll tanpa Mesin buat bekal ke sekolah

Anak kecil yang sedang membesar perlukan Nutrisi yang mencukupi untuk memastikan tumbesaran mereka terjamin. Seharian di sekolah pasti memenatkan. Sebab itulah ibu ibu mama mama yang penyayang semua perlu pastikan mereka bersarapan dan lebih baik ibu menyediakan bekal untuk anak ke sekolah. Selain menjimatkan, kita juga boleh pantau pemakanan mereka.

Bagi Siti, menu simple dan paling mudah di sediakan untukusarapan sebelum ke sekolah adalah Shake Shake bersama buah buahan. Pasti anak suka dan cepat habis nya.. kenyang juga lebih lama dan ia ia membekalkan tenaga berpanjangan. Bagi memastikan mereka kekal cergas dan cerdas di selolah semasa proses pembelajaran.

Untuk Zuyyin (anak sulung Siti pada waktu ini Tahun 1) sesi persekolahan nya habis pada jam 3.30pm. sekali dengan kelas agama di sebelah petang. Makan tengahhari ada di sediakan di sekolah, jadi nya, Siti perlu sediakan makanan simple buat Zuyyin pada waktu rehat Jam 10 pagi.

Jom Lihat, bagaimana nak buat Sosej Egg Roll yang sedap lagi mudah di sediakan.

Ini Sosej Egg Roll sebelum di Grill. Untuk budak sesuai sebab ia lebih lembut. Untuk dewasa kita grill sikit untuk efek garing.



Bahan-bahan:

Sosej 5 pcs
Telur saiz A 2biji
Daun bawang secukupnya (optional)
Carrot secukupnya (optional)
Garam
Perasa


Cara buat:

1. Rebus Sosej hingga masak, ketepikan

2. Sementara tu boleh la Potong kecil daun bawang dan dan carrots, masukkan ke dalam bekas dan kacau rata.

3. Dalam bekas lain, pecah dua biji telur dan tambah kan perasa, kacau sebati.

4. Sediakan Plastic ice cream, masukkan sosej ke dalam plastic ice cream semasa ia dah sejuk. Kalau masuk masa panas, agak payah sikit sebab jadi melekat.

5. Kemudian sudukan daun bawang dan carrot tadi dengan menggunakan corong untuk mudahkan kerja anda. Untuk meratakan sayuran di dalam plastic ice cream tu, Siti gunakan Chop Stick.

6. Masukkan telur sampai menutupi semua sosej. Guna kan corong juga. Baru lah tak comot bergemot... Eh..

7. Ikat hujung plastic dengan kemas. Semasa proses ni sangat penting untuk memastikan telur menyaluti rata seluruh sosej. Jadi, pastikan tiada gelembung udara di dalam tu, kalau ada picit bagi keluar supaya telur boleh menyaluti kesemua sosej tu.

8. Rebus atau kukus sosej yang dah siap ddi bungkus hingga telur masak. Lebih kurang 5-10 ninit. Atau boleh nampak telur nya dah kembung. Kalau hujung plastic dah terbuka sikit pum tak pe, jangan panik pulak tau, sebab bila keadaan ini terjadi bermakna telur dah masak, maka, tak de masalah telur di masuki air. Hehe masa first time siti tengok ia kembong sampai pecah hujung olastic tu, siti panik sampai tutup api hahaha... Padahal nya ok aje ya...hehe

9. Lepas dah masak, sejukkan atas tray berlubang supaya udara panas keluar. Nanti ia bagi efek kedut-kedut di permukaan telur tu. Nampak cun sikit la...hehehe. bila da sejuk ia lebih mudah di keluarkam dari plastic.

10. Gril. Step ni terpulang pada anda, samada mahu grill atau tidak. Kalau ia tidak di grill rasanya lembut dan gebu. Kalau gril iia ada rasa garing dan hangus sikit. Bagi siti kedua dua pun sedap. Kalau nak bagi anak kecil rasanya tak tak perlu lah grill.

11. Makan bersama Sos Thai. Sos ni boleh buat sendiri atau pun beli je Sos Thai di di ke. Hehe

Selamat Mencuba😍

No comments:

Post a Comment