Tips Diet Sihat kanak-kanak Obes

Masalah obesiti atau berat berlebihan adalah masalah yang semakin serius di kalangan kanak-kanak. Biasanya Kanak-kanak obes mengalami masalah berat badan apabila dewasa. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes.
Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah ini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?
Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI) iaitu nisbah
berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.


Contoh:
Si A, beratnya 80kg dan ketinggian 170sm

Jadi,

BMI = 80kg / (1.7X1.7)
        = 80/ 2.89
        = 27.7
Daripada ukuran BMI, Si A, boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk.


Kelas BMI:

Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2 Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40
Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Bagaimana Membantu Anak Mengurangkan Berat Badan?

image

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa
dan dorongan keluarga.

Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.
Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motivasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin. Secara tidak langsung, seluruh ahli keluarga akan mendapat manfaat kepada amalan yang baik ini.

Sebagai Panduan Asas untuk membantu anak mengurangkan berat boleh cuba ini:
Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu. Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

image

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.

b) Pastikan bila anda memilih makanan, makanan mestila tinggi serat dan juga rendah lemak.

c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan dan bukannya sambil bermain.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?

image

a) Kurangkan menonton TV

b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain.

c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.

d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Ini kerana, Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian.

Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. 

Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubah dan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa
masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Jenis-jenis Makanan Utama:

image

Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak- kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan.
Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.


image

Protein: Protin penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.


image
Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya.

Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui:

Omega-3 - tuna, sardin, salmon, kacang 
Omega-6 - Jagung, avokado, badam.

Boleh juga amalkan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan DHA dan minyak Omega yang tiada pencemaran lagi TULEN.

Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur, Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka.

Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk anda mengenali keperluan kaloru harian kanak-kanak:

image

Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:

Pagi:
Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu. Snack Pilihan.

Tengahari:
Nasi, ayam & sayuran. Snack Pilihan.

Malam:
Roti Pita, fillet ikan dan sayuran untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya, anda boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati.

Buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam menyediakan hidangan yang bersesuaian.

Hidangan yang sihat ini tidak sepatutnya membebankan anda dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.

Selamat Mencuba!! :D

No comments:

Post a Comment