"Di seluruh dunia, strok adalah penyebab kedua kematian paling biasa dan penyebab utama golongan dewasa hilang upaya.
Strok adalah antara empat penyebab utama kematian di negara ASEAN, dengan jumlah kasar kematian antara 10.9 atau 100,000 orang di Thailand dan 54.2 bagi setiap 100,000 orang di Singapura."
Petikan dari Berita Harian, 19 March 2018. Baca lagi, klik sini
Antara langkah yang boleh di ambil untuk mengurangkan risiko strok adalah:
1. Melakukan Ativiti Fizikal.
Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu2nya faktor risiko terbesar untuk strok). Kawal berat badan membantu membentuk imbangan lemak darah yg sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawa insulin. Buat apa2 jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang2nya 5 hari seminggu.
2. Amalkan diet yang sihat.
Buah segar dan sayur adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral yang dibuktikan oleh penyelidikan dapat mengurangkan strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu juga boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri)
3. Kekalkan berat badan yg sihat.
Berat badan yg berlebihan membawa risiko strok.
4. Berhenti merokok.
Merokok meninggikan risiko strok kerana ianya menyebabkan arterosklerosisi (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
5. Kurangkan atau jika boleh elakkan Minum alkohol
terutama minum jumlah alkohol yg banyak sekaligus, sebab ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik.
6. Periksa tekanan darah secara berkala
Periksa tekanan darah sekurang-kurang nya setahun sekali jika tiada masalah tekanan darah (lebih kerap jika ada tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.
No comments:
Post a Comment