Apa itu Strok?
Strok dikenali sebagai serangan otak. Serangan ini terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Seperti yang kita tahu Otak adalah tempat mengawal segala pergerakan dan memori, termasuk mengawal fungsi2 automatik seperti pernafasan.Bagaimana Otak berfungsi selepas serangan Strok?
Otak perlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien penting.
Apabila saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan berlaku kekurangan oksigen dan nutrien pada sel-sel otak.
Kemudian bahagian otak mula mati maka terjadilah strok.
Ini mengakibatkan deria kita mula terjejas. Antara deria yang terjejas seperti pertuturan bahasa dan pemahaman bahasa. Itulah sebabnya kebanyakan mereka yag mengalami Strok akan lumpuh sebelah tubuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan mungkin berubah, tidak seperti sebelumnya.

Serangan Strok Iskemia sementara
Apa tu strok Iskemia?
Ia berlaku apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri dan menghalang perjalanan darah, menyebabkan ketulan darah beku terbentuk. Seterusnya akan mengganggu bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak.

Satu tanda penting ancaman strok ni adalah Serangan Iskemia Sementara, yang juga dikenali sebagai strok mini.
Strok mini terjadi disebabkan gangguan sementara bekalan darah ke bahagian Otak.
Gejala nya amat serupa dengan strok sebenar, tapi tak seperti strok serius. Gejalanya muncul dalam kurang 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
Strok mini adalah petanda ada nya sebahagian otak yang tak dapat bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien secukupnya dan terdapat risiko akan berlakunya strok serius juka tidak ditangani segera.
Strok mini seperti ni tak boleh dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada profesional perubatan dengan segera sebab risau nanti akan melarat dan jadi strok serius.

Siapa yg berisiko terkena strok?
1. Golongan yg mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tak dirawat. Bila tak dirawat, maka ini akan merosakkan dinding arteri.
2. Diet yang tinggi kandungan garam sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
3. Penyakit kencing manis (Diabetes). Golongan yg menghidap kencing manis mengalami lebih kebarangkalian mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
4. Mereka yang pernah mengalami strok mini. Dianggarkan seorang dari 5 org yg mengalami strok penuh pertama pernah mengalami satu atau lebih strok mini sebelumnya.
5. Fibrilasi atrium. Degupan jantung yang tak teratur meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa alirah darah ke otak.
6. Merokok. Ini mempunyai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi
7. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah dan jika pengambilan alkohol yang kerap boleh mengakibatkan tekanan darah naik hingga ketinggian yg berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
8. Pil perancang keluarga. Ini boleh menyebabkan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan darah bergumpal. Pil perancang jugak boleh menaikkan tekanan darah.
Terdapat juga faktor-faktor yg tak dapat dikawal seperti berikut:
1. Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yg berumur 55 tahun keatas dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Mungkin sebab arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
2. Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65 tahun.
3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko. Mungkin sebab faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.
3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko. Mungkin sebab faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.
Peringatan
Jika anda terdapat salah satu atau kebanyakan yang di nyatakan di atas, adalah di nasihat kan agar anda segera ke klinik berhampiran dam berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.Mencegah dari awal adalah lebih baik dari merawat.
Hiduplah dengan lebih sihat dan bahagia agar kita dapat membahagiakan orang tersayang dan yang berada sekeliling kita. Insyallah.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment