Ayam Panggang Black Pepper 2 Bahan Garing Di luar Lembut Di Dalam


Hai semua pencinta Ayam Panggang! Saya salah seorang pencinta masakan ayam panggang. Selain ia sangat mudah di sediakan ia juga sangat sedap di makan dan kelihatan Wow! Semasa di hidangkan. Hehe

Al-Kisah, Abang ipar saya, iaitu abang suami saya telifon bagitahu yang mereke Sekeluarga akan datang ke rumah kami dari Kelantan. Kerana beliau ada kursus di Cyberjaya.

Maka, apa lagi, menu yang terlintas adalah Ayam Panggang Black Pepper. Yang pasti saya mahu kan Tekstur kulit yang garing dan warna yang keperang perangan serta isi yang lembut.

Sambil saya layan customer yang nak Order Vivix Twin Pack dan Youth Skincare, saya google juga resipi Ayam Panggang Black Pepper. Maka terjumpa la resipi ini. Kredit to blog Terjah Makan

Ok, tanpa membuang masa jom kita terjah apakah bahan yang super simple ni. Bahan Perapan nya hanya menggunakan 2 Bahan sahaja. Giler tak mudah. Haha

Ayam Panggang Black Pepper 2 Bahan

Bahan Utama:

    1 Ekor ayam (samada nak potong 4 atau tak potong pun boleh)

Bahan Perap

    Sos Tiram secukupnya (saya guna jenama meggie)
    Sos Lada Hitam Secukupnya (saya guna jenama Life)
    Serbuk lada hitam secukupnya
    Garam
    Gula

Bahan Tambahan


    Ubi Kentang
    Lobak Merah
    Bawang besar
    Brokoli

Cara Perap Ayam


1. Asingkan kulit daripada isi dengan jari, longgarkan sikit. Dan lap kesemua bahagian hingga kering menggunakan tisu dapur atau towel yang tidak berbulu. Tujuan nya untuk elakkan banyak air dan kita nak dapatkan Efect kulit garing tu. Haa ini lah rahsianya tau. Hehe

2. Sapu ayam dengan sos tiram secukupnya keseluruh bahagian. Ini utuk mendapatkan color perang-perang pada kulit dan daging. Supaya tak lah hanya kulit sahaja yang color. Perang. Bahagian yang tidak berkulit kelihatan pucat. Ini rahsia kedua juga. (Eh, banyak pulak simpan rahsia selama ni ya? Haha)

3. Dalam mangkuk lain, masukkan 5 sudu besar sos lada hitam, serbuk lada hitam, garam, gula. Ratakan sebati dan rasa. Kalau dah ok, kemudian sapu pada keseluruhan bahagian ayam.

4. Perap sebaiknya 1 jam dan nak lagi sedap semalaman. Perap lagi lama kan rasaya tu lebih serasi dan lebih sedap.


Cara Panggang menggunakan Oven


1. Panaskan ketuhar ke 200 darjah celcius.
2. Sapukan tray pemanggang dengan sedikit  majerin supaya mudah di basuh nanti

3. Tos kentang, lobak merah, bawang dan brokoi dengan garam dan lada hitam. Letakkan di atas pan bakar. Kalau bahan perap ada lebih, renjis renjis di pilis atas sayur sekalian.
(Kalau perasan kan, ada bahagian peha tu saya letak terbalik. Sabo je la)

4. Susun ayam di atas tray pemanggang. (Kalau ikut resipi sebenar, ayam di letak di atas sayur. Tapi saya terlupa dan susun je sayur bersebelahan ayam. Hehe. Kalau korang buat, nanti susun ayam atas sayur tau. Mungkin ada aroma tambahan pada ayam).
5. Sebelum masukkan kedalam Oven, tabur sekali lagi serbuk Black pepper atau biji lada hitam yang telah di tumbuk le atas ayam untuk tekstur gerutu atas kulit tu. Ala-ala Kenny Rogers tu.. ahaks. 

5. Panggang selama 45minit atau hingga ayam masak. Saya guna suhu tinggi untuk dapat efek garing di luar dan rangup di dalam. (Haa ini rahsia ke tiga. Saya pun tak sangka ada banyak pula rahsia saya. Hahaha)

Ayam Panggang Black Pepper Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Beginilah kejadian nya selepas siap di bakar. Separutnya ada 4 potong tetapi satu telah di culik dan tak dapat di selamatkan lagi. Mungkim selepas ni, kena ada peraturan amik gambar duku sebelum ngap selain baca doa makan. Ngeh ngeh


Ok, Selamat mencuba dan kalau dah cuba meh la kongsikan gambar ayam bakar anda di sini. Perkongsian anda di dahulu kan dengan Jutaan Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment