Sejak saya tahu ada Sekolah Rendah Agama Intergrasi, saya berazam mahu hantar anak saya ke Sekolah ini. Pada waktu tu usia Zuyyin (Anak Sulung saya) berusia 5 tahun.
Cabaran pertama sebelum buat keputusan nak masukkan Zuyyin ke sekolah ini adalah, persepsi orang sekeliling yang mengatakan, sekolah ni susah la nak masuk. Ada ujian kelayakan sebelum boleh masuk dan banyak lagi lah yang di dengari sebagai, kalau boleh dintranslate kan maknanya lebih kurang camni "baik tak payah hantar anak le situ.."
Bagi saya, saya mahu yang Terbaik buat anak saya. Walaupun ia susah, tapi tak salah rasanya kalau kita mencuba dan di sertai dengan usaha yang setimpal. Maka, pada 1 April 2018 aritu, saya pun daftar kan Zuyyin untuk mengambil ujian kelayakan.
7 Julai 2018 lalu Zuyyin menduduki Ujian Kelayakan untuk kemasukan tahun 1 di Sekolah Rendah Agama Intergrasi Salak Tinggi. Aduhai, rasa macam baru semalam mama melihat kamu kecil dan tahun depan dah nak masuk tahun satu. Cepat sangat masa berlalu. Huhuu
Ini senarai nama yang ambil periksa. Kesemua nya ada 254 orang. Nama zuyyin yang ke 12 tu. Ada banyak kelas. Kelas Zuyyin kelas A. Kelas ni berdasarkan nombor masa kita daftar untuk ambil Ujian kelayakan. Kalau cepat daftar dapat kelas depan di ground floor. Kalau lambat akan di tempat kan di kelas tingkat atas.
Bukan apa, kalau di tingkat atas kita tak boleh nampak anak kita tu.. haahaa ke saya je yang rasa nak tengok anak dalam kelas. Orang lain ok je ye.. Huhuhu
Selepas pendaftaran masuk, murid-murid di minta beratur di barisan yang di sediakan. Zuyyin duduk dua dari belakang. Kecil sahaja. Yang belakang sekali tu kawan dia, sama sekolah tadika, tapi Zuyyin agak pemalu sampai kawan sendiri pun dah tak boleh nak tegur. Ramai sangat orang kat situ agaknya... Jadi dia duduk diam di situ sampai la cikgu panggil untuk masuk ke kelas. Haha.. zuyyin zuyyin..
Zuyyin duduk di bahagian depan sekali dekat dengan pintu
Sementara tunggu kakak Zuyyin, kita selfie dulu
Masa menjawab Ujian adalah 2jam setengah. Dan di fahamkan cikgu cikgu di situ tidak akan membantu untuk bacakan soalan. Jadi pastikan anak anda sudah boleh membaca dan faham soalan supaya lebih mudah untuk jawab soalan nanti.
Semasa anak-anak menjawab soalan, ibu bapa di berikan taklimat serba sedikit tentang sekolah dan hala tuju selepas Darjah 6 kelak. Kami di maklumkan bahawa hanya 74 orang sahaja yang akan di pilih dari 254 orang murid. Pilihan adalah mengikut kedudukan markah tertinggi selepas ujian. Masa tu, kami redha apa pun keputusan kami akan terima.
Kalau anda juga mahu daftar kan anak ke sekolah Srai, boleh la buat latihan dari sekarang. Email Siti di sitizubaidahbasrah@gmail.com untuk dapat kan contoh soalan. File nya berat jadi saya tak boleh upload di sini. Free aje, usah risau.
Good Luck Zuyyin! I wish u All the best.
No comments:
Post a Comment