Akhirnya Aku Jutawan

10/24/2014

image

Wow! Tiada perasaan yang boleh di gambarkan bila aku di nobatkan Jutawan. Setelah berhempas pulas, kesana kemari berusaha tak lupa juga berdoa akhirnya aku berjaya membuat keuntungan RM1 Juta. Ya! 1juta.

Heheheee sekarang I've CASH with no limit!!

Terasa seperti banyak sinar di hadapan. Segala hutang selamba jew bayar habis. Yang ni wajib. Sebelum enjoy baik kita habiskan dulu hutang. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang kecik kecik hihii

Hmm...hutang dah habis, balance ada banyak lagi. Boleh bagi duit belanja kat Mak dan Ayah sorang 100k. Tak lupa jugak untuk keluarga yang lain Hehee cukup x? Ermm pastu kita g tunaikan haji sekeluarga. 100k tu belanja je erk..duit untuk haji lain. Amin.

Duit ni kalau banyak menggunung pun akan habis betul tak? Jadi mesti buat simpanan dan pelaburan. Simpan 500k dalam ASB, nanti tahunan dapat dividen 50k kalau 10% bonus. Jadi bulanan boleh blnja 4166k. Hihii tak yah kerja. Boleh resign n buat Shaklee sepenuhnya untuk bonus tengah bulan pulak. Ohooo best kan sambil sihat sambil masyukk... Sihat ni penting taw sebabnya kalau duit banyak selangit pun tapi badan tak sihat pun tak best pulak.

Pastu lepas bayar hutang dan tunaikan Rukun Islam ke 5, apalagi kalau kita pergi jalan2 ke 5 tempat yang ingin saya lawati...heheh ada saya tulis dalam entry yg baruu lepas ni...haa lepas dah habis 5 tempat tu, pergi lahi 5 tempat lain pulak..ohooo bahagianya kan..

Bila dah jadi Jutawan ni jangan pulak lupa pada yang memerlukan dan pastinya ada bahagian untuk sedekah dan bantuan. Bab ni tak boleh cerita pepanjang nanti jatuh riak pulak.  Cukuplah sekadar beritahu ada bahagian untuk sedekah.

Erm....lain lain biasalah pergi shoping sana sini..hihiii

Pastu tetiba rasa hairan pulak...dari mana datangnya sumber kewangan saya. Saya pun angkat talipon dan dail nombor bank untuk confirmation...

Aku: Heloo, nak tanya boleh tolong check akaun saya, dari mana datangnya sumber kewangan saya yang berjuta tu?

Pegawai Bank: Sumber kewangan cik memang banyak, bukan sejuta jew...malah berjuta juta. Sebabnya mimpi kan...nak 100Juta pun boleh... Hehehhee

Adeh!! Berangan rupanya....uhuuu

Tapi tak pe. Berangan dulu pastu kita pun kerjakan ke arah angan angan tu...haaa insyallah Boleh!! Amin.

Sekian angan angan ku :p

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome