Tips Berjaya dalam Business

image
Beberapa strategi dan panduan telah digariskan untuk memandu para peniaga kecil terus giat berusaha bagi memastikan perniagaan berkembang maju dan mampu untuk bergelar Jutawan yang Berjaya satu masa nanti. Amin.
Mesti Pandai MENCURI!!
gagal Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, mestilah pandai mencuri.
Nanti dulu! Jangan terkejut!!
Mencuri yang dimaksudkan bukanlah perlu melakukan jenayah, tetapi mencuri yang dimaksudkan adalah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut.
Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling.
Contohnya, sekiranya di suatu kawasan penempatan tersebut tidak ada menyediakan perkhidmatan menjahit, maka peniaga yang bijak akan menggunakan peluang tersebut dengan membuka sebuah kedai jahit dan mungkin boleh bermula secara kecil-kecilan.
Inilah yang dikatakan pandai mencuri peluang dalam perniagaan.
Melihat kelemahan sebagai satu peluang.
Bijak mengambil dan menggunakan peluang yang ada sebenarnya satu langkah permulaan untuk seseorang individu menempa kejayaan yang lebih besar.
Ini kerana, tidak semua orang akan melihat kekurangan sebagai satu peluang. Mungkin ada yang melihat kekurangan itu
sebagai satu kelemahan. Ini yang membezakan dengan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Terpulanglah kepada kita sama ada untuk ‘mencuri’ peluang yang terhidang atau tidak.
Motivasi yang Tinggi, Kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan dihadapi oleh para peniaga. Tetapi tidak bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu.
Malah kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan.
Motivasi yang tinggi merupakan satu resepi bagi setiap jutawan. Anda tanyalah kepada mana-mana jutawan sekalipun, mereka pasti akan menjawab bahawa jika ingin berjaya, semangat dan daya usaha mestilah seiring dan jangan sekali-kali
berputus asa.
Peniaga kecil khususnya yang cepat tewas dengan ujian dan kegagalan yang melanda perniagaan mereka akan menyebabkan mereka terus gagal!!
Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecekalan dan mentaliti yang kuat, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai satu cabaran untuk terus berusaha dan berjaya.
Setiap peniaga harus mengetahui bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan dan kekayaan.
Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pernah
berpesan dengan mengatakan “..jangan fikir negatif dalam perniagaan, lakukan secara berperingkat walaupun perlahan lahan asalkan ia tindakan tepat..”
Insyaallah kita juga boleh!