Rahsia disebalik nama blog cantik sini cantik sana

image
Memperkenalkan nama saya, Siti Zubaidah binti Basrah merupakan pengasas blog cantiksinicantiksana.blogspot.com
Hari ini saya ingin membongkarkan rahsia di sebalik nama yang saya pilih secara spontan dan khas buat diri saya di rumah Omak Nida hihii iaitu orang yang bertanggungjawab di atas keterlanjuran saya menceburkan diri dengan produk yang tidak asing lagi iaitu Shaklee.
Apakah yang difikirkan bila dengar 'cantik sini cantik sana'? Ohooo sebelum ni saya dah buat servey..hehee rata-rata mengatakan "owh kat hidung cantik, kat bibir cantik", "selfi sini cantik, selfi sana cantik".
Pendek kata, dengan mengamalkan produk shaklee secara konsisten boleh cantik sini cantik sana. Heheee betul betul betul. Memang betul.
Dan yang sebenarnya...(macam lagu yuna pulak) ianya lebih betul dan lebih tepat cantik sini (Dunia) cantik sana (Akhirat). Insyallah.
Mari saya terangkan dengan lebih jelas. Sebelum mula aktif dengan Shaklee, saya banyak dah join dengan produk lain secara aktif kerana saya sememangnya berminat dengan produk kesihatan dan kecantikan.
Seiring dengan peredaran masa dan usia saya mula berfikir soal Dunia dan Akhirat. (Eh! Macam serius pukak..hihii) dan saya terus terfikir "cantik sini cantik sana" yang menggambarkan Dunia dan Akhirat secara tidak langsung.
Seterusnya, setelah berkenalan dan join bersama group shaklee termasuklah group wassap dan Close Group di FB yang juga turut disertai oleh Master Shaklee yang telah berjaya dan berjaya menjadi jutawan dan juga rakan rakan yang sangat freindly dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pendapat.
Mereka sering menekankan soal pengisian Rohani dan Jasmani kepada kami. Dimana Usaha seiring Doa dan Tawakal atau ianya kami sebut Masterlist Checklist.
(Saya akan perjelaskan mengenai Masterlist Checklist dalam entry yang lain ya)
Selepas mengenali Group Shaklee ini lebih lama lagi saya rasa, Ya! Saya telah berada di landasan yang betul dan cuma tinggal saya saja yang tentukan mahu menuju kesana, ke arah kejayaan dengan menaiki basikal? Motor? Atau Kereta? Owh tentulah mahu naik roket! Laju skit sampai. Hihii
Jadi inilah kebun yang saya perlukan untuk mencapai 'cantik sini cantik sana' :)

No comments:

Post a Comment