Terjemahan Doa selepas bacaan Yasin


Biasanya kita membaca terjemahan Surah Yasin. Dalam entri ini saya ingin berkongsi terjemahan doa selepas yasin. Baca dan hayatilah terjemahan ini. 

Ya Allah kami memohon kepadamu penjagaan dan pemeliharaan agama kami, diri, harta, keluarga dan segala apa yang telah Dikau kurniakan kepada kami.

Ya Allah..jadikanlah kami dan mereka dalam pemeliharaanmu keamananmu dan Perlindunganmu daripada setiap syaitan yang menghasut, dari kesombongan yang tegar, dari yang bermata jahat, dari yang melampaui batas, dari pendengki dan daripada kejahatan setiap yang berniat jahat. Sesungguhnya Dikau berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Maha suci yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci yang menghapuskan segala kesedihan, Maha suci yang melenyapkan segala hutang! Wahai yang maha menghilangkan! Hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kegelisahan dan kesusahan dalam seberapa segera. 

Maha Suci yang mengurusnya apabila menghendaki sesuatu hanya berkata Kun fa ya kun (Jadi! Maka jadilah ia), kerana Maha Suci yang memerintahkan segala sesuatu dan kepadamu semuanya akan kembali.

Ya Allah! Perelokkanlah kami dengan kesejahteraan dan keselamatan, perkuatkanlah kami dengan ketaqwaan dan istiqamah dan lindungilah kami daripada yang menyebabkan penyesalan dan kebosanan. Sesungguhnya Dikau Maha Mendengar permohonan Doa.

Ya Allah! Ampunilah kami, kedua orang tua kami, anak keturunan kami, kesemua guru kami, saudara seagama kami, sahabat-sahabat kami, orang yang mencintai kami, orang yang berbuat baik dan muslimat, wahai Tuhan seluruh alam! Kurniakanlahkami kesempurnaan untuk mengikuti jejak nabi kami sama ada zahir mahupun batin dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmatmu wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga bermanfaat.