Anda dalam Kesempitan dan kesusahan? mari cuba ini

Jika mempunyai sebarang hajat, cuba lakukan Istighfar dengan bersungguh untuk memohon keampunannya semata-mata dan usah minta selain dari keampunannya. lakukan selama 3hari berturut-turut... dan nanti lihatlah keajaibannya...insyallah
- tips dari blog 11 Kelebihan Istighfar Yang Patut Anda Tahu, Tazkirah.Net


"Tidakkah kita berasa rugi! Kita perlu sedari bahawa istighfar perlu berterusan sehinggalah kita menemui mati. Ianya bukan program pengajian dan wirid secara part time. Istighfar adalah modul, program wirid harian dan pekerjaan yang perlu dilakukan secara full time. Ini kerana, kematian itu dirahsiakan Allah"
- dipetik daripada buku Hebatnya Kuasa Istighfar keluaran Pustaka Azhar


"Barangsiapa  sentiasa  beristighfar  nescaya  ALLAH  memberikan  jalan  
keluar  untuk  setiap  kesedihannya  dan  membuka  jalan  untuk  setiap
kesempitannya  dan  ALLAH  memberikan  rezeki  yang  tidak  disangka-sangka."
(HR Ahmad, Abu  Daud,  Ibnu  Majah  dan  Hakim)

Hadis  di  atas  sangat  famous.  Benar  jika  kita  banyakkan  istighfar  inshaALLAH  kita  akan  dapat  rezeki  yang  tak  disangka-sangka  tapi  istighfar  bukan  sahaja  di  mulut  ianya  perlu  lahir  dari  hati.  Maksudnya  di  sini  istighfarlah  bersungguh-sungguh  dan  khusyuk.  Hayati  makna  istighfar.  Kita  ini  hamba  hina  setiap  saat  dan  detik  kita  melakukan  dosa.  Jadi,  perlulah  istighfar  itu  dijadikan  zikir  dan  kita  khusyuk  dengan  apa  yang  kita  ucapkan.


"Aku  adalah  orang  yang  paling  bertakwa  dan  paling  mengetahui  tentang
ALLAH.  Namun,  aku  beristighfar  kepada  ALLAH  sehari  semalam
lebih  daripada  70  kali"
(HR  Ibnu  Majah)

SubhanALLAH...Junjungan  Besar,  Kekasih  Hati  ini  yang  maksum  pun  turut   beristighfar  sehari  melebihi  70  kali.  Mungkin  ada  yang  rasa  sikit  tapi  perlulah  sedar  bahawa  itu  adalah  nilai  yang  minima  okay.  Sehari  at  least  70kali.  Kita  ni  sehari  10kali  pun  belum  tentu.  ALLAHURABBI. 

sekarang anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan, jadi jom kita beristighfar bersama, cubalah berlapang dada dan kembali kepada nya Tuhan yang satu dan mengaku kita hanyalah kerdil dan sementara saja di dunia ini....segala kekuatan, kekuasaan, kecantikan hanyalah milik Allah. dia lah yang maha kaya dan maha memberi jika dia mahu, maka kita pohonlah kepadanya. insyallah jika segala yang dilakukan dan di usahakan tidak menjadi...maka kita cuba periksa semula hubungan kita dengannya...kita perbaiki, kita perbetulkan, kita tambahkan amal kepadanya... tak rugi pun...untung lagi ada :D

jom sama beramal :)