Kuali Menggoreng Tefal Idaman Hati


Gembira nya rasa di hati, Berbunga bunga bila En. Suami nak belanja Kuali Tefal wol 32cm, idaman kalbu. Nak bagi semangat untuk memasak mungkin. Ahaks, tak pe la, tak pandai masak sangat pun, janji i ada hati nak belajar tau. Kikikii

Kuali ni beli di Pasaraya Giant, tengah promosi. Harga sekarang rm59.88. Harga di Lazada rm70+.

Ini kuali Tefal ke tiga di rumah. Lagi dua tu jenis pan. Sangat berguna, terutamanya nak buat roti john, homemade nugget, goreng ikan atau daging, goreng kentang. Best sebab, Jimat minyak dan rasa lebih sedap tau. Lagi satu kalau nak panaskan lauk pun boleh guna pan. Lagi cepat ia panas dan tak perlu tambah air atau minyak, sebab nya memang tak melekat pun.

Untuk kuali Tefal baru ni, esok pagi nak buat goreng Bihun. Kita tengok cemana rasanya. Adakah bihun ku akan bertambah enak dek kerana Kuali Tefal? Ahaks.

Ok, nanti saya kongsikan di lain entry, cemana rasanya guna Tefal Wok ni. Terima kasih sudi membaca (senyummm)