Sesuatu perkara tu jika di lakukan secara rutin dan konsisten ia akan menjadi kebiasaan. Tapi, Sekiranya yang di lakukan secara rutin tu adalah perkara yang salah, maka padah juga jawab nya.
Dalam entry kali ini Siti nak kongsikan, rutin yang biasa kita lakukan semasa cuci muka dan perlu di elakkan jika mahu dapatkan kulit cantik idaman hati.
Perkara yang perlu di betul kan kalau nak Kulit muka Cantik!
Cuci muka sebelum tidur dan cuci makeup sebelum mencuci muka.
Rasanya kedengaran seperti mudah sangat dan senang je kan?
Cuci je lah, picit sikit pencuci muka dan gosok-gosok pada muka sampai puas hati dan bilas. Lap kering. Lepas tu syampu dan sabun kemudian mandi macam biasa. Siap!
Ops! Kalau itu yang anda lakukan seriusly tolong hentikan nya. Cuba faham kan dulu cara penjagaan wajah ini.
Selama ni, kita rasa cuci muka dengan pembersih wajah je dah cukup.Tapi sebenarnya kena ambil tau juga tip-tip cara jaga muka yang betul. Barulah muka tu licin dan flawless bak telur yang dikupas.. gitu.
Memiliki kulit wajah yang halus, mulus, cerah dan berseri memanglah idaman bagi setiap wanita. Jaga kulit wajah dengan betul dan sempurna penting, sebab bila kulit muka bersih dan cantik, ia bagi menambahkan lagi keyakinan diri.
Betul tak?
Kita mahu sebelum kahwin dan selepas kahwin kecantikan haruslah tetap di jaga rapi dari hujung rambut sampai la ke kaki. Jangan dah kahwin, dah jadi mak-mak, jaga muka pun ala kadar je.. No no no. Kita wanita, harus sentiasa cantik dan jaga penampilan diri. Seimbang, baik cantik luaran dan cantik dalaman.
10 Kesalahan biasa yang kita lakukan semasa mencuci muka.
1. Tidak mencuci tangan:
Kesalahan yang paling kerap terjadi apabila kita terlupa untuk mencuci tangan terlebih dahulu. Tangan yang tidak bersih jika terus sapu ke wajah anda boleh bayangkan tak apa yang bakal terjadi? Oleh itu Cuba elakkan dari terus cuci muka sebelum cuci tangan ya.2. Cuci muka sebelum Syampoo:
Rambut kita ada kulit kepala kan? Kulit kepala kita juga berpeluh dan memerangkap habuk. Apabila kita mandi, peluh dan habuk akan turun ke bawah. Ia pasti akan melalui pada muka kita. Jadi kalau kita cuci muka dulu, kemudian baru di syampoo, segala kotoran akan terkena pada wajah semula. Dan jika tidak di cuci, ia akan termasuk ke dalam liang pori kulit muka yang terbuka selepas kita mencuci muka tadi. Jadi cuci lah muka last sekali selepas siap syampoo dan sabun tau.3. Cuci make-up dengan arah ke atas
Semasa cuci make-up dengan kapas, kita sapu kan ke arah atas. Ini salah tau. Yang betul nya, cuci make-up ke arah bawah. Kerana jika kita cuci arah ke atas, ia seolah memasukkan kotoran make-up ke dalam liang pori! Sebab tu ada yang kata, lepas pakai make-up kulit berjerawat. Ini lah antara punca nya. Liang pori tersumbat. Kulit Cuba menyah kan bendasing di dalam pori tadi lalu ia keluar sebagai jerawat. Dan ada juga yang mengakibat kan liang pori membesar dan kelihatan sangat jelas walaupun dari jauh. Jadi ingat tau, cuci make-up ke arah bawah untuk tidak menyumbatkan liang pori.4. Salah memilih facial wash
Facial wash yang baik adalah pembersih wajah yang menghilangkan kotoran dan bekas make up sekali, tanpa menghilangkan kelembaban dan sel-sel kulit yang masih sihat, serta pastinya sesuai dengan jenis kulit anda. Pilih juga skincrae yang semulayang semulajadi dan terbukti berkesan dan selamat seperti Youth Skincare.Klik sini, maklumat lanjut Youth Skincare
5. Mencuci wajah terlalu kerap
Ni lagi satu, memang ramai yang suka bersihkan muka dengan kerap (dulu saya oun camni juga, huhu) sebab Kita ingat kulit akan menjadi bersih dan cerah dengan kerap mencuci wajah. Namun terlalu kerap mencuci wajah sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kulit kerana akan membuatnya menjadi lebih kering. Bahkan untuk jenis kulit wajah berminyak, kulit akan semakin banyak mengeluarkan minyak jika dicuci terlalu kerap. Untuk itu, cukup mencuci wajah dua kali sehari pagi dan malam hari.6. Membilas kurang bersih
Ni bunyi nya macam pelik, tapi ia memang ada segelintir wanita yang Masih sering mencuci wajah tanpa membilasnya dengan bersih. Kita ingat tidak menjadi masalah tetapi bekas sabun yang tertinggal ketika tidak dibilas dengan bersih menjadi salah satu penyebab kulit kering pada wajah. Disamping itu, sisa sabun juga dapat menyumbat pori-pori kulit yang menyebabkan munculnya jerawat. Oleh itu, Selalulah bilas wajah dengan bersih selepas mencucinya, walaupun anda nak cepat tau. Jadi rancang masa anda sulaya kulit tidak menjadi mangsa pula.7. Suhu air
Mungkin kita sering mendengar bahawa air panas dapat membuka pori-pori kulit, sementara air sejuk menutup pori-pori kulit. Tahu tak, ia sama sekali TIDAK benar kerana pori-pori tidak memiliki otot yang mampu membuatnya membuka dan menutup. Maka, jangan menggunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas untuk mencuci wajah. Air panas akan menyebabkan kulit kering, sedangkan air sejuk akan merosakkan pembuluh darah pada wajah. Suhu air yang paling baik untuk mencuci wajah adalah air yang suam biasa dalam erti lain tidak terlalu panas ataupun terlalu sejuk.8. Menggosok wajah menggunakan tuala
Salah satu kesalahan yang paling sering kita lakukan adalah mengeringkan dan menggosok wajah dengan tuala setelah mencuci wajah. Cara terbaik untuk mengeringkan wajah adalah dengan menepuk-nepuknya secara lembut dengan menggunakan tuala bersih. Selain itu, elakkan menggunakan tuala yang sama dengan tuala mandi untuk wajah. Sebaiknya siapkan tuala khusus untuk mencuci wajah.9. Tidak menggunakan pelembab
Setelah mencuci wajah, mungkin anda kerap lupa untuk terus menggunakan pelembab wajah. Inilah yang dapat menjadi salah satu penyebab wajah menjadi kering. Untuk hasil optimum, sapukan pelembap wajah setelah wajah dicuci dan dikeringkan, jangan menunggu kulit hingga benar-benar kering. Menggunakan pelembab secara langsung akan membantu pelembab tersebut menyerap secara maksimum sehingga kelembaban kulit pun akan tetap terjaga. Tapi sebelum tu pakai toner dahulu untuk tutup semula pori yang terbuka semasa cuci muka tadi..
10. Terburu-buru membilas
Selepas cuci muka jangan terburu-buru untuk membilas dengan air. Sebaiknya biarkan sebentar hingga sabun pembersih wajah tersebut benar-benar menghilangkan semua kotoran dan bakteria pada wajah. Setidaknya tunggu hingga 1minit setelah diusapkan pada wajah, baru lah bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba!a
No comments:
Post a Comment