Keistimewaan hari Wukuf di Arafah



Esok genap lah 9zulhijjah 2016 bersamaan 11September 2016 dan bersamaan hari para jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah.

Sumber dari tarikh sebenar puasa sunat hari wukuf

Apakah hari wukuf di Arafah?


Wukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Arafah iaitu hari yang mana hati secara fitrah mengagungkan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Hari Arafah juga sebaik-baik hari yang pernah matahari terbit, hari makrifah, hari pengampunan, hari yang diturunkan rahmat dari Tuhan Pencipta bumi dan langit.

“Daku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Tiada sekutu bagiNya, dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya; Dan pilihan-Nya dari sekalian makhluk dan kekasih-Nya yang telah memuliakan hari Wuquf di Arafah dan mengagungkan dengan begitu jelas dan terang tentang kemuliaan dan keutamaan hari ini. Ya Allah! Berilah selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu sekalian makhluk dan kekasih Allah dengan salam sebanyak-banyaknya.”



Apakah keistimewaan pada hari Wukuf?

Hari Wukuf di Arafah adalah hari pertemuan dan perjumpaan besar antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani, kerana hari Arafah adalah hari makrifah, hari kebebasan, hari doa, hari kesempurnaan agama dan nikmat dan hari perpisahan.

Apakah amalan sunat yang boleh di lakukan pada hari Wukuf di Arafah?

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan memlerbanyakkan berdoa.

Klik sini, utk lihat senarai doa yang boleh di selitkan.
31-senarai-doa-semasa-waktu-wukuf


Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.

Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah


Wallahualam, hanya Allah yang mengetahui