10 Langkah Mudah Pasang Korea Wallpaper Sendiri DIY



Rumah ku Syurga ku. Ewah.. kalau sukakan kelainan dan nak dapatkan corak pada dinding Utama, saya cadangkan anda menggunakan Wallpaper. 

Selain lebih mudah dan cantik. Ia juga salah satu cara cepat untuk dapatkan hasil yang confirm jadi. Tapi kalau anda pandai bermain dengan warna dan rajin mengecat, maka boleh juga menggunakan cat. Bagi saya yang amatur dan tak pandai mengecat ni, saya pilih wallpaper sebagai hiasan dinding utama. Hihihii

Ukuran dinding untuk berapa gulung Wallpaper yang di perlukan

Saya menggunakan Korea Wallpaper. Beli sendiri di Puchong Branch. Selepas ukur tinggi dan lebar dinding yang berkenaan, kami beli tiga gulung. Harga segulung pada waktu tu, rm99. Jangan risau Kalau anda tak pandai kira berapa gulung sepatutnya beli, kerana anda boleh dapatkan khidmat nasihat di sana. Anda cuma perlu bawa ukuran tinggi dan lebar dinding anda. Khidmat Nasihat ni percuma saja.

Peralatan yang di Perlukan

Peralatan untuk menampal wallpaper anda boleh beli di situ juga, harga nya rm21. Ada kape (alat untuk meratakan wallpaper), gam, span dan roller untuk sapu gam ke wallpaper. Tak lupa juga pisau untuk memotong wallpaper, baldi, air dan Tangga

10 Langkah mudah untuk menampal Korea Wallpaper Sendiri

Selepas sediakan alatan untuk menampal wallpaper dan mengenal pasti dinding anda, boleh terus buat langkah di bawah ni:


1. Bersihkan dinding:
Periksa kalau ada habuk, ada lubang yang tak rata atau ada lebihan plaster, sila bersihkam dulu dan ratakan. Supaya nanti wallpaper melekat cantik dan licin saja di dinding.

2. Bancuh gam:
Ikut arahan yang tertulis pada belakang plastic gam itu. Untuk gam korea Wallpaper, satu plastic di bancuh dengan 4.5 liter air. Kemudian kacau hingga sebati dan biarkan 15minit untuk ia jadi lebih pekat.

3. Ukur ketinggian dinding untuk memotong wallpaper:
Masa ukur, lebih kan 5cm di bahagian atas dan 5cm di bahagian bawah. Supaya nanti senang untuk pegang wallpaper semasa proses menampal.

4. Potong wallpaper ikut ukuran:
Potong denggan menggunakan pisau lebih kemas berbanding gunting.


5. Sapu gam pada keseluruhan permukaan belakang wallpaper:
Gam sapu cukup-cukup supaya wallpaper tidak menggelembung selepas di lekat akibat terlalu banyak gam. Masa kami first time letak gam, kami terlebih letak gam. Masa proses nak lekat ke dinding, wallpaper terkoyak sikit... Huhuhu we learn from mistake, jadi lepas ru kami lebih berhati-hati dan pastikan gam cukup-cukup saja di wallpaper.

6. Lipat wallpaper untuk mudah kan proses menampal ke dinding:
Selepas letak gam, lipatkan wallpaper. Cara lipat nya ialah permukaan hadapan atau yang bercorak mestilah bertemu dengan yang bahagian yang bercorak. Lipat macam nak buat kipas tu... (Boleh lihat di video bawah ni untuk lebih faham.)


7.  Sediakan tangga dan mula gantung wallpaper bermula pada bahagian atas dan ke bawah:
Berhati-hati semasa lekatkan ke dinding. Pastikan bahagian yang lebih Tu cukup di atas dan bawah. Jangan tersenteng pula. Lihat di kiri kanan supaya tada yang ter senget. Bila dah puas hati lekat kan keseluruhan wallpaper.

8.. Ratakan wallpaper menggunakan kape untuk elak gelembung.
Tadi dah lekat. Kemudian ratakan wallpaper dengan kape (alat utk ratakan wallpaper. Ada dinual di kedai wallpaper). Langkah ini perlu berhati-hati, tidak terlalu kuat dan tidak juga terlalu lembut. Supaya wallpaper nya tidak terkoyak atau berkedut. Tolak semuavgam ketepi.

9. Potong lebihan di bahagian atas dan bawah:
Dah rata dengan cantik, lihat di bahagian atas dan bawah. Jika ada lebih, potong kan dengan pisau.

10. Lap lebihan gam dengan span lembab:
Lap semua gam yang terlebih supaya tidak kering di dinding. Nanti nak tampal wallpaper kedua lebih mudah.

Dah Siap! Seterusnya, ulang semula langkah sehingga selesai dinding anda.



Ini lah hasilnya, wallpaper yang kami pasang sendiri. Memang puas hati dan rasa taubat dah tak mau buat lagi.... hahahah jadi pastikan minum Chinch Tea Mix dan performance Drink dulu sebelum mulakan kerja ya. Boleh tahan la keletihan nya itu... Hehehe selamat mencuba.

Lihat, Cara pasang Wallpaper di bahagian Suis supaya kemas dan Cantik

Korea Wallpaper warna pink bunga silver di bahagian ruang tamu.

Korea Wallpaper gambar kopi di bahagian dapur.

Selamat Mencuba. Kalau dah siap pasang meh la kongsikan di sini gambar dinding dan pengalaman anda juga. Perkongsian anda di dahulu kan dengan Terima kasih. Semoga Bermanfaat.