Muffins Coklat Cip Paling Mudah dan Sedap Sukatan Cawan


Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman. Kalau anda sedang baca entry saya yang ini, bermakna memang anda sedang mencari sesuatu resipi Muffins yang sangat mudah, cepat dan sedap.

Saya buat aktiviti muffins ni bersama anak saya yang sulung. Dia yang paling excited untuk membuat muffins. Jadi setelah di fikir-fikir dan hasil pencarian google, saya terjumpa la resipi Muffins Coklat Cip sukatan cawan yang sangat mudah dan sedap ni.

Jadi jangan tunggu lagi, jom saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat nya.

Mula-mula nak minta maaf, sebab nya saya terlupa nak ambil gambar bahan-bahan. Sebab terlalu excited sangat, terus tak ingat. Next time jika berkesempatan buat muffins ni lagi, harap nya saya akan ingat untuk ambil gambar.

Bahan-bahan A:

3/4 cawan tepung blue key

Bahan-bahan B:

2 biji Telur
1 cawan susu segar
1 cawan gula (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
1 sudu esen vanila
3/4 cawan mentega atau minyak masak

Bahan-bahan C:

Coklat cip secukupnya

Cara membuat Muffins Coklat Cip:

1. Pukul Gula dan Telur hingga bertukar menjadi putih.
2. Cairkan mentega (jika guna mentega)
3. Kemudian masukkan Esen Vanila, Susu dan minyak masak atau Mentega yang telah di cairkan. Pukul lagi hibgga sebati
4. kemudian masukkan tepung blue key sedikit demi sedikit hingga sebati.
5. Selepas sebati, masukkan coklat cip.

Selepas adunan telah siap, Tuangkan adunan ke dalam cawan muffins atau Muffins Tray. Bakar pada suhu 170'C dengan menggunakan api atas bawah pada Oven, selama 20 minit atau hingga masak.




Selamat mencuba, kalau dah cuba meh la kongsikan gambar muffins anda di sini juga. Perkongsian anda di dahulu kan dengan Terima kasih.