Cara Masak Jagung Bakar supaya masak sekata lembut dan sedap


Jagung bakar tak masak sekata?

Pernah tak anda buat jagung bakar dan masa nak makan tu, ada Bahagian jagung yang tidak masak betul.

Memang boleh terbantut tau selera nak makan, kalau tiba-tiba tergigit bahagian yang tak masak. Ok, jangan risau. Sebab saya pun pernah alami nya juga. Memang tak puas hati betul. Hahaha

Tapi baru-baru ini saya ada cuba buat Jagung bakar dan ia nya masak sekata lagi sedap rasanya. Jadi mari saya kongsikan kepada anda bagaimana cara nya nak buat Jagung bakar yang masak sekata, sedap dan lembut. Tetapi masih ada kesan dan rasa bakar pada jagung.


Bahan-bahan:

7 tongkol Jagung
Air untuk rebus secukupnya
Garam
Gula
Mentega

Cara membuat:


1. Masukkan air dalam periuk atau kuali dan biarkan ia menggelegak sepenuhnya kemudian masukkan jagung bersama garam dan gula. Rebus separuh masak saja, lebih kurang 5 minit.

Cara nak tahu ia sedap atau tidak. Rasa sikit air rebusan tu, kalau air tu sedap, insyallah jagung pun sedap. Cuba tambah gula dan garam secukupnya untuk rasa yang seimbang dan sedap.

2. Selepas sudah agak separuh masak. Angkat dan tos kan air nya. Sapu dengan mentega dan susun atas dulang untuk di bakar di atas api atau di dalam Oven. Saya guna Oven, lebih senang tak perlu jaga api. Hehe

Jika menggunakan Oven, laras suhu 180'c selama 15minit atau sehingga masak dan cukup kesan grill. Kemudian dah boleh makan. Mudah, cepat dan sedap. Jagung nya pula gerenti masak sekata.

Selamat mencuba. Terima kasih