Walaupun kita di zaman moden ni semua nya serba ada dan mudah. Tapi janganla lupakan petua tradisonal untuk kecantikan. Memang mujarab tau...cuma perlukan sedikit kerajinan. Siiikiiitt jew..jangan risau erk..saya pun bukan rajin sangat tapi disebabkan petua ni memang petik jari jew....hihihiii
Caranya macam ni....amik sebiji limau nipis atau limau purut (kalau boleh cari yang banyak air. Pilih limau yang lembut bila kita picit) potong dua dan lumurkan ke seluruh badan, muka, celah ketiak, leher, peha, tumit kaki...ish semua la...hehee pastu? Haaa dah siap. Senangkan..tu la dah kata senang je.
Meh kita lihat apa khasiat limau untuk kecantikan.
Limau Nipis: Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.
MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK KECANTIKAN:
Mengatasi rambut gugur:
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya dan disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
Menghilangkan kelemumur:
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.
Menghilangkan Jerawat:
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
Menghilangkan Bintik Hitam:
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
Mengecilkan pori-pori:
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar. Menghalus dan mencerahkan kulit Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.
Menghilangkan bau ketiak:
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan pasti dapat rasakan perubahannya.
Membersih dan mencantikkan kuku:
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku. Anda pasti gembira melihat hasilnya!
Melegakan ketegangan dan stress:
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada seluruh badan.
Selamat mencuba! Kecantikan adalah hak milik setiap insan ;) Tips kepada wanita yang sentiasa inginkan kecantikan.
No comments:
Post a Comment