Roti Jala memang sangat sedap di makan bersama kuah kari atau rendang atau ada juga yang makan bersama serawa durian.
Haritu masa Jamuan Raya di rumah kawan Siti namanya Ita, di Shah Alam. Pergh! Memang sedap sangat Roti Jala bersama Serawa Durian nya. Siti ada minta resipi serawa durian tapi Setakat ni Siti belum berkesempatan nak buat cuma makan aje...haha
Dari situ baru lah Siti sedar yang rupanya Zuyyin dan Zahra (anak-anak Siti) suka makan Roti Jala. Tapi diorang tak makan dengan kuah, just makan Roti Jala nya sahaja.
Ting!i Tiba-tiba muncul suatu idea. Hahaa
Apa kata Siti buat Roti Jala Coklat dan Roti Jala Kastard. Sebab nya kalau jenis sebegini makan begitu sahaja pun dah sedap. Tak perlu makan dengan kuah. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan mereka juga boleh pegang dan makan sendiri.
Jadi, misi mencari resipi Roti Jala Coklat pun bermula dan akhirnya Siti terjumpa resipi dari perkongsian Kak Azie Kitchen dan Siti olah sikit mengikut kesesuaian.
Siti memang suka rujuk resipi dari blog Kak Azie. Memang banyak sangat membantu untuk mencetus idea dalam memasak. Siti Sayang Kak Azie, Thank You Much Much!
Ok Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya. Roti Jala ni, sangat lembut dan tidak keras walaupun dah sejuk tau. Wajib cuba nih.
1. Roti Jala Perisa Coklat
Bahan bahan:
3 cawan tepung kek coklat
3 cawan air
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2. Roti Jala Perisa Kastard
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Cara membuat untuk kedua-dua perisa ini adalah sama.
Cara-cara:
1. Kalau guna blender, mesti masukkan bahan cecair dahulu. Iaitu air, minyak, telur dan dikuti dengan tepung. Kemudian baru boleh ON blender. Ini adalah untuk memudahkan blender berpusing dengan lancar. Kalau masukkan tepung dahulu blender agak payah nak pusing. Ia melekat. Jadi pastikan masuk bahan cecair dulu ya. Blend sampai sebati.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba perhatikan pusaran di tengah adunan semasa blender berpusing. Kalau pusaran pada adunan tu agak-agak boleh masuk kan 1 jari, bermakna adunan nya sudah lembut. (Eh, jangan korang masukkan jari pulak tau, agak-agak aje. Bahaya masukkan jari dalam blender semasa ON. Ingat tu.) Kalau pusaran nya kecil, just tambah air sedikit demi sedikit sampai pusaran nya muat satu jari.
3. Lepas tu, masukkan satu senduk ke dalam acuan roti jala, kalau adunan keluar lurus cantik je, maka Pass. Kalau keluar nya putus putus macam dot dot, maka fail. Sila masukkan semula ke dalam blender dan tambah air sikit demi sikit ikut langkah 2 di atas.
4. Dengan menggunakan kuali leper yang tidak melekat, jala kan di atas nya secara membulat atau bentuk petak, ikut lah mana senang. Tak perlu terbalik kan tau, bila dah nampak macam dah masak dalam 1 minit, terus angkat dan letak kan atas pinggan kosong. Gulung roti jala di atas pinggan. Di atas pan tadi boleh jala yang seterusnya dan letak atas pinggan kemudian ulang sampai habis adunan nya.
Masa mula belajar buat roti jala ni, Siti gulung atas pan satu persatu. Aduhai rasa nak nangis tau, dah la panas, jari sipi sipi nak kena pan... Huhu tapi lepas dah tahu kaedah gulung atas pinggan ni, baru la laju sikit siap nya.
Kalau tak, sebelum ni Siti buat 10pcs roti jala dalam masa sejam. Aduh. Sampai Zuyyin kata, "dah la mama, Zuyyin nak makan 1 je...kesian mama peluh peluh..." HahahhaH sayang kat mama ya...
Ini Zahra, mama siap satu dia bedal satu... Hahaa jadi mama kena menjala lebih laju lagi...
Rasa nya sangat sedap dan bau juga sangat wangi dan menyelerakan. Boleh juga di cicah dengan sos coklat. Nyumm! Cubalah.
Selamat Mencuba.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment