Susah nya Nak Amik Gambar Budak Kecik



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman. Entry santai kali ini Siti nak cerita kan tentang Puteri Kedua Siti. Nik Zhafira Az Zahra nama di beri.

Al-kisah nya si Zahra ni nampak saja kecik usia pun pada waktu dan ketika entry ini di tulis Zahra baru saja menjangkau 1 tahun 6 bulan. Tetapi dia punya ligat.. Masyallah... Macam lipas kudung. Hahahaa

Entah lah, masa mengandung kan Zahra memang asyik jumpa lipas saja. Eee seram kalau ingat semula bagaimana Siti ternampak lipas atas tilam masa tidur. Masa tu usia kandungan mencecah 8 bulan. Perut pun tengah sarat. Paham je lah orang perut dah sarat memang payah nak duduk bangun. Kena bangun pelan-pelan... Tak pun minta tolong husband tolong tarik... Hahaa manja sangat..

Nak di jadikan cerita, waktu tu, dalam samar samar selepas lampu bilik di tutup, ternampak ada kelibat lipas terbang!! Di ulang semula ya, lipas terbang di atas tilam yang kita pun tengah syok baring ni dia pun ada sama!!! Apalagi, secara automatic nya, Siti melompat dari tilam terus ke suis lampu sebelah pintu dengan tangan dan kaki dah ready nak lari cari spray!

Hantu betul lipas nih! Hahahaha

Husband pun terkejut, dah kenapa bini aku ni, kena rasuk ke apa. Laju je turun katil, kalau tak terhegeh-hegeh nak bangun... Hahaaa

Nampak tak??? Kerana teekejot sangat sampai tak perasan diri tu tengah sarat. Sib baik ada amal Set Hamil Shaklee... eh! Haha

Tu lah...kisah paling win masa mengandung kan Zahra... aduhai ni semua gara-gara lipas!

Eh! Bukan cerita lipas yang nak di ceritakan.. hehehe

Ragam Zahra Bergambar

Nak cerita nya, Si Zahra ni kalau nak amik gambo bukan main susah nak suruh dia duduk diam-diam. Mesti nak gerak sana lah, gerak sini lah, nak senget lah, nak pusing lah... Ish ish.. anak korang pun sama jugak ke? Ada orang, anak nya suka selfie. Pantang nampak camera mesti terus posing dan senyum, peace...!. cute sangat..

Tengok la gaya si kecik ni, sabo je la...lagi di suruh diam lagi dia nak sengih sengih. Ish ish

Ni nak kata apa ni, senyum tersimpul ke cemana...

Tutup muka pun ada ...malu la konon nya tu...hahaa

Tepuk tangan la pulak ... Hahaa


Ni masa ambik gambar, dia lari, sempat tangkap montot aje.. ish ish

Ni lagi kelakar, terus hilang dari radar ... Hahaha

Haa...finally ada jugak yang sedap mata mandang nya... 


Itu lah nama nya Zahra ... Si kecik yang suka buat kelakar.... Banyak gelagat nya...

Ayah dan mama dan Zuyyin semua pun Sayang Zahra .. membesar lah kamu dengan sihat dan kuat bagai Juara.




No comments:

Post a Comment