Apabila hari yang di tunggu telah tiba iaitu pengumuman untuk pemberitahuan samada berjaya atau tidak untuk kemasukan Tahun satu ambilan 2019, hati asyik berdebar-debar mengalahkan orang yang ambil periksa pula.
Semakan Online boleh di lihat pada jam 9am, maka tepat jam 9am Siti dah buka portal dan masukkan No Mykid Zuyyin dan kemudian terus nampak BERJAYA!
Siti terus menangis dan banyak kali ucapkan syukur Ya Allah... sampai Zuyyin terkejut dan kata, "mama kenapa ni? mama?" dalam hati terucap.. Hebat nya Zuyyin dia antara 74 orang murid yang terpilih daripada 254 murid yang datang ujian... Terus mama ucapkan "Tahniah Zuyyin, Zuyyin Berjaya"
Mungkin orang akan kata, amboi jauh nya fikir...
Tapi Bagi Siti apa yang kita mahu pada masa depan adalah merupakan apa yang kita lakukan sekarang. Insyallah.
Kepada Zuyyin ini hanya lah permulaan perjalanan mu, masih jauh lagi dan banyak cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. Ayah dan Mama sentiasa doakan semoga Zuyyin sentiasa cekal, tabah dan sabar dalam mengharungi segala nya. Mama Yakin Zuyyin pasti boleh. Insyallah.
Ini gambar Zuyyin di Smart Khalifah Dzuliman Salak Tinggi. Zuyyin di tengah berbaju biru tudung Pink.
Ayah dan Mama Sayang Zuyyin.. Good Luck Sayang!
No comments:
Post a Comment