Jahit Tudung Sendiri di Rumah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca Budiman sekalian. Harini Siti saja nak share cerita Jahit tudung anak sendiri.

Kalau boleh jahit kenapa nak beli, kan kan..? Hehehehe...

Eksen je bunyi ye... 

Sebenarnya Siti masih lagi belajar selok belok menjahit. Sikit-sikit boleh la. Dalam seni menjahit ni, mak kata, tak de cara yang salah dan tak de pula cara yang betul untuk menghasilkan sesuatu hasil jahitan. Yang penting, menjadi. 

Berbekalkan nasihat ni lah, Siti terus berani gunting kain batik mak untuk buat kain potongan duyung pada suatu masa dahulu selepas peperiksaan SPM. Hahaha Eh! Terkenang kisah silam pula...

Memang minat yang mendalam dengan seni menjahit ni. Jadi banyak jugak la Siti 'ber-guru" dengan Mak (mak memang tukang jahit), dengan Makcik yang selalu Siti tempah baju raya dan juga menonton sewing tutorial di Utube. Alaaa taip je, "how to sew dress" haa keluar segala jenis dress... Tinggal paham dengan idok je... Hehe

Berbalik pada topik asal kita, Buat sendiri Tudung di Rumah. Ya laa, kita ni dah hari ke 17 PKP (Perintah Kawalan Berkurung) untuk memutuskan rantaian Virus Covid-19. Jadi selain memasak, hobi Siti juga menjahit.

Haritu ada order di Shopee 4 jenis tapak untuk Mesin Jahit Portable, Tapak kedut, Tapak Zip Sorok, Tapak Zip biasa dan Tapak Baby seam. 


Sebaik sampai je item nya, Siti excited sangat nak try dan terhasil lah Tudung Ruffle comel untuk Zahra dan Tudung Instant dua muka untuk Zuyyin.

Tudung Zuyyin ni sebenarnya Siti silap baca description (Next time sebelum beli baca betul-betul tau) ingat kan instant shawl, sekali sampai shawl biasa. Agak payah la kan untuk Zuyyin yang baru berusia 8 tahun nak menggayakan shawl ye dok... Maka mama pun creative sikit jahit kan tudung instant dua muka. 

Cara Jahit Tudung Instant  Dua Muka guna Shawl biasa.

Zuyyin dengan Tudung instant Dua Muka, Mama DIY 😁


1. Ambil shawl pilihan
2. Pakai shawl macam biasa dengan pin.
3. Kemudian keluarkan tudung tu dan jahit sikit di bahagian pin tu. Maksudnya nanti bila pakai semula, tak perlu pakai pin dah, sebab dah di jahit.
4. Jika suka, boleh juga jahitkan button/ riben/ manik pada tepi tudung. Siti gunakan manik color biru. Kebetulan terjumpa dalam laci. Kita bubuh la kan, bagi bling bling skit..

Nak fahamkan senang lagi, meh nonton di Video ini ya.



Lepas siap tudung Zuyyin, si Zahra pulak merajuk, sebab tak buat tudung dia.... 

Aduhai.. 

kalau mak-mak mesti paham. Anak dua, sorang kecik sorang beso. Apa yang kakak ada dia pun nak ada jugak... 

Ini baru dua orang anak, dah ribut. Tak tau la kalau yang lebih dari dua... huhuu salute pada Ibu-ibu di luar sana yang di kurniakan ramai anak. Mesti meriah je rumah.

So projek seterusnya, nak buat Tudung untuk Zahra. Dalam fikiran idea mencurah-curah ni nak buat tudung ruffles dan ada love di tengah. 

Haaa Zahra suka color pink. Belek-belek semula laci tudung, rupanya Siti ada dua helai Shawl color pink. Jarang sangat pakai. Maka redha je lah "ku korbankan" untuk main gunting-gunting ni.


Cara Jahit Tudung Ruffles Budak.

Zahra dengan Tudung Ruffles Pink. Mama buat! haha comel tak?😁


1. Ambil kain tudung shawl yang sesuai
2. Lipat dua. Dengan menggunakan tudung budak sedia ada, kita tekapkan patern nya atas shawl. 

Masa tekap tu, pastikan bahagian muka di letakkan di tepi shawl tau. Supaya nanti tak tak perlu nak jahit seam. Jimat masa dan confirm comey jahitan di situ. Lihat pada gambar ni ya, cara Siti letakkan tudung sedia ada pada kain yang nak di gunting tu.


3. Kemudian gunting kain ikut patern tudung asal tadi dan jahit di bahagian dagu ke bawah.
4. Untuk bahagian ruffles, potong kain memanjang lurus selebar 3inch.
5. Siti guna tapak kedut untuk dapatkan bentuk ruffles. Kalau tak de, boleh je jahit jelujur dan tarik benang nya untuk hasilkan kedut.
5. Kemudian dah dapat ruffles kedut tu, sambung kan pada sepanjang tepi tudung macam dalam gambar Zahra pakai tudung tu. 

Maaf la kalau tak jelas penerangan nya ya. Untuk lebih jelas boleh rujuk pada tutorial di bawah ni. 


Selamat mencuba. Dengan sedikit minat dan keberanian Insyallah Mimpi jadi Nyata. Kalau anda juga ada minat jahit, teruskan menjahit. Jika salah, betulkan dan jahit lagi. Apa susah nya kan... Hehe dari situ lama kelamaan kita pasti akan menguasai nya. Insyallah.


Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini

No comments:

Post a Comment