Zahra dengan mainan pilihannya. Gambar ini di ambil sebelum perintah PKP.
Patuh pada arahan dan saranan pihak kerajaan supaya #stayathome and #staysafe memaksa kita untuk berfikir lebih kreatif sikit untuk melakukan sesuatu perkara supaya kita masih ada pilihan.
Walaupun PKP (perintah kawalan perggerakan) menjadikan kita 'lebih jauh antara satu sama lain" namun ia hanya memisahkan jarak sahaja. Bukan nya menjauhkan kasih sayang sesama keluarga.
Malah ia membuat kan kita lebih akrab dan bersatu hati. Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama menjadikan bonding antara keluarga lebih rapat.
Birthday Zahra kebetulan jatuh semasa musim PKP, iaitu pada 5 April yang lalu. Kiranya pada article ini di tulis, Zahra berusia 3 Tahun 2 hari.
Asyik sangat duduk di rumah sampai terlupa hari dan Tarikh. Pada waktu pagi 5 April aritu Mak dan Ayah pula yang menghubungi kami dengan menggunakan panggilan video berkumpulan.
Canggih la Atok kita. Siap panggil semua adik beradik yang lain untuk turut sama meraikan dan menyanyikan lagu Happy Birthday buat Zahra. Terima kasih sangat. Zahra happy sangat tau.
Tak dapat makan beramai-ramai kita makan la di rumah masing-masing. Hahaa nasib la anak... nak buat cemana kan.. Dah kita dipilih untuk duduk di rumah diam-diam. Celebrate Online pun best jugak. Bukan selalu.
Hadiah pun beli Online. Ada Siti ceritakan di entry yang lepas, Zahra dapat hadiah Basikal Pink sempena Hari Ulang Tahun dan sempena Zahra dah tak pakai pampers sepenuhnya termasuk pada waktu tidur malam. Alhamdulillah jimat belanja. Haha
Mak dan Ayah kebetulannya sebelum PKP pergi menjenguk Rumah Chalet yang sedang dalam pembinaan di Dusun Durian Danglang (kepunyaan Dato). Tak sempat nak balik, jadi Mak dan Ayah terpaksa la tinggal di situ.
Alhamdullilah tak lama kemudian Chalet pun siap di bina dengan lengkap wiring dan air. Perabut pun sempat juga di beli. Dapatlah mak dan dan ayah selesa sikit di situ. Lagipun kawan mereka pun ada sama di situ, tak de la risau sangat.
Di dusun tiada television. Cuma ada surau, kantin dan tempat beristirehat. Jadi untuk mengisi masa terluang di sana memang kami kerap berhubung melalui wassap messege group dan wassap video call untuk bertanya khabar dan berborak santai.
Semoga hubungan kami sekeluarga kekal rapat dan harmoni selamanya. Sayang sayang semua. Insyallah. Korang pun sayang-sayang sesama keluarga ya. Barulah hidup menjadi lebih bermakna.
Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.
Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini
No comments:
Post a Comment