Upcycle Cadar jadi Baju Tidur


Minat menjahit makin menjadi-jadi susulan Kawalan Pergerakan yang kini sudah masuk hari ke 22. 

Kita harus menang dalam "peperangan" menentang virus pembunuh ini. Oleh itu kita harus sepakat bekerjasama dengan mematuhi arahan kerajaan dan penguat kuasa dengan Stay at Home untuk memutuskan rantaian Virus Covid-19. Kita pasti boleh melakukan nya. Insyallah.

Oleh itu, selain memasak dan cuba memasak pelbagai resipi lauk dan kuih muih serta minuman yang viral dan yang tak viral, aktiviti keagamaan dan dan bersenam. Menjahit kini menjadi kewajipan pula. 

Otak ni ligat dok memikir patern dan mencari-cari kain mana lagi nak di gunting untuk kita up-cycle and no fabric watse. 

Korang cemana pula? Ada banyak tak kain dan baju lama dalam store? Kalau ada banyak, moh la kita main gunting-gunting. Hehe

Tak ambil masa yang lama pun, Siti terjumpa cadar lama corak Minni Mouse color Pink ni. Sebenarnya, cadar ni tersilap beli aritu. Sepatutnya nak beli queen size, tapi entah macam mana tersilap ambil yang single pula...

Lama dah cadar ni duduk diam-diam situ. Jadi, dari tidak di gunakan adalah lebih baik Siti Upcycle kan dia menjadi "sesuatu" yang lebih berfaedah. 

Mulanya nak buat sarung bantal. Tapi memandangkan sarung bantal pula dah banyak..  Maka terhasillah, idea nak buat baju tido ruffles untuk dua buah hati mama ni. Hehehe


Apa lagi, terus pergi ambil baju contoh sebab Siti tak mahir ambil ukuran di badan. Lebih meyakinkan kalau terus tekap guna baju sedia ada. 

Selepas di tekap kita gunting mengikut tekap tadi dan kemudian dengan sambung kan kesemua bahagian. Dengan menggunakan tapak kedut yang baru sampai aritu, kita hasilkan ruffle untuk bahagian bawah baju. 

Memang jimat masa guna tapak kedut ni tau. Kalau sebelum ni, nak hasilkan ruffle ni, ambil masa lama sikit. Sebab nak kena jahit jelujur dan tarik benang untuk hasil kerut. Tapi guna tapak kedut dua layer ni, dia boleh terus siap. Kain + ruffle terus bercantum. 

Korang boleh lihat di sini, tutorial guna tapak kedut. Mudah sangat dan jimat masa.



Siti beli di Shopee. Cuma RM5 aje. Yang Siti guna Ini untuk mesin jahit jenis portable.  Maka terhasillah dua pasang baju tido Minni Mouse yang cute.

Kelihatannya ada sedikit improvement pada jahitan di leher. Kalau tak sebelum ni, bersimpang siur jahitan tu, senget benget dan comot di leher tu...hahaha yang ni, husband pun puji, nampak kemas. Alhamdulillah. Ayuh kita rajin lagi berusaha. (Sendiri jahit, sendiri puji... Ahaks. Jangan mara..)



Dah siap camtu la kejadian nya. Happy sangat Zuyyin dan Zahra dapat baju tido baru ni. Time amik gamba mi memasing gado, tu yang dok jauh-jauh tu... Ahaha

Siti banyak buat rujukan menjahit di Utube channel. Taip aje Tutorial menjahit yang korang nak belajar. Contoh cara buat ruffle. Taip di search "cara jahit ruffle". Nanti berbaris semua keluar. Terima kasih sangat pada semua yang sudi share tutorial. Sangat bermanfat ilmunya. Mana yang tak berapa nak jelas tu, Siti tanya pada Mak. Mungkin bakat menjahit ni serba sedikit menurun dari mak kot. (Ahaha perasan..)

Jadi korang pun cuba lah isi masa terluang sebaiknya ya. Menjahit jahit juga, tapi jangan lupa makanan dan minuman serta kudapan di siap kan di dapur supaya anda boleh menjahit dengan tenang nya dan tiada kejadian "ribut taufan"... hahaha

Hihihihi mak anak dua...camtu la.. kena pandai curi masa untuk buat hobi. Jangan curi tulang ya, itu no no no... Hehe ok daa... Jumpa lagi di entry lain.

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini


No comments:

Post a Comment