Lockdown Chocolate Cheesecake nama di beri sempena kita seluruh Rakyat Malaysia masih lagi di dalam PKP fasa ke 4 iaitu di fasa pemulihan dari Covid-19.
Kita di minta untuk mematuhi penjarakan sosial bagi memastikan kemenangan di perolehi dalam menentang penularan Virus Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.
Oleh itu, memandangkan Tarikh hari Lahir Mr. Husband jatuh di dalam tempoh PKP, kita pun cubalah membuat kek yang simple iaitu Cake No Bake, No Gelatin and No Egg. Maka terhasillah Chocolate Cheesecake.
Rasa kek ni sangat sedap, tak muak, lembut je cair di mulut, sungguh beraroma Cheese dan tak rasa macam buat sendiri. Terasa macam beli di kedai. ( Puji terlebih suda.. hahahaha)
Di dalam entry yang lepas ada Siti kongsikan bagaimana kami menghasilkan aiskrim ala Baskin Robbins.. tapi terlebih putaq Whipping Cream dan apa nak buat lepas tu...
Lesson Learned, sejak kejadian itu kami telah belajar sesuatu, iaitu Fokus. Walaupun nampak macam mudah tapi jangan amik. mudah. Dan kejadian itu tidak mematahkan semangat kami untuk menggunakan Whipping Cream sebagai bahan utama.
Oleh itu, terhasillah Chocolate Cheesecake yang sedap niii....
Melihat semula gambar ni, membuat kan hidung seakan terbau aroma Cheese. Nyummyy.
Sebelum waktu berbuka puasa dan menghitung waktu untuk potong kek, anak-anak Siti ada bagi ""hadiah misteri" kepada ayah nya.
Kelakar sungguh la budak-budak ni (Zuyyin dan Zahra), mereka masukkan mainan mereka ke dalam kotak dan berikan kepada ayah sebagai hadiah. Soo sweet.
Zahra (si kecik) pula hadiahkan ayah anak patung Rabbit dan kuda melompat tu. Hahahah Ayah pun tersipu-sipu malu melihat gelagat comel mereka.
Begitu lah ragam-anak Siti, kadang tu memang geli hati di buat nya. Tak kurang juga yang mencabar kesabaran. Apa pun, kita sedaya upaya didik mereka penuh kesabaran dan kasih sayang supaya mereka menjadi anak yang Solehah, insyallah.
Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya. Ingat ya,cara membuat nya nampak mudah tapi jangan amik mudah tau.
Bahan-bahan
Ini lah dia bahan Utama dalam pembuatan Chocolate Cheesecake No Gelatin, No Bake and No Egg.
Bahan untuk Tapak bawah:
- Oreo 200g
- Butter 1/4 cups, cairkan
- Full Fat Cream Cheese 450g (2cups), at room temperature
- Dark Chocolate 250g
- Dairy whipping Cream / heavy cream 240ml (1cup)
- Gula icing 83g (2/3 cups)
- 1tbsp essen vanila
Bahan untuk bahagian Atas (Ganache)
- Milk Chocolate 140g
- Dairy Whipping Cream / Heavy Cream 120ml (1/2 cup)
Cara-cara membuatnya:
Sebelum mula, keluarkan cream cheese dan dan biarkan ia mencapai suhu bilik. Supaya mudah untuk di mix.
Whipping cream pula, pastikan ia betul-betul sejuk. At least sudah berada seharian atau semalaman di dalam peti ais di rumah.
1. Bahagian tapak kek:
- Blend biskut Orea hinga halus. Boleh juga di ketuk di dalam plastik.
- Masukkan butter yang telah di cairkan.
- Kacau hingga sebati.
- Ratakan di dalam loyang kek, Siti guna loyang bulat saiz 9inch.
- Tekan-tekan sikit supaya padat.
- Di bahagian tepi loyang letakkan plastic supaya cheese kek tidak melekat ke tepi.
- Simpan di dalam peti.
2. Bahagian filling:
- Dengan menggunakan mixer, putar cream cheese sehingga lembut. Ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk lain, cairkan Dark Chocolate.
- Masukkan ke dalam bekas cream cheese tadi dan tambahkan essen vanila.
- Mix hingga sebati. Ketepikan.
Kek ni husband yang nak buat. Sejak PKP ni, beliau sangat suka memasak, buat aiskrim dan kek.
- Di dalam mangkuk lain, putar whipping cream hingga menjadi soft tick. Atau bila kita terbalikkan mangkuk ia tidak akan jatuh.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas cream cheese dan chocolate tadi.
- Kaupkan dengan perlahan menggunakan spatula sahaja. Tak perlu mix. Supaya whipping cream tidak terlebih putar.
- Kaupkan hingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang kek dan ratakan.
- Simpan di dalam peti ais at least 6 jam atau nak best lagi, semalaman untuk memastikan ia telah cukup sejuk dan mudah di potong.
Kami taburkan Coklat M&N di atasnya. Ini sebelum lapisan Ganache.
3. Bahagian Ganache (Coklat cair di atas)
- Potong kasar milk chocolate menjadi keping kecil.
- Masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk kecil.
- Biar hingga ia berasap sahaja.
- Dah berasap, masukkan ke dalam mangkuk chocolate tadi.
- Kacau hingga chocolate mencair dan whipping cream sebati.
- Pastikan kek cheese telah sejuk at least 6jam atau semalaman sebelum Coklat Ganache ni di tuang ya.
- Simpan lagi di dalam peti ais hingga ia sejuk sebelum di potong.
Meh Siti belanja sikit hasil Lockdown Chocolate Cheese kami.
Inilah hasil nya selepas siap. Kami letak Coklat cair Hershey, tabur M&N dan Coklat Kisses. Penuh rasa Coklat. Nyum! Korang pun ikut la kretiviti masing-masing ya.
Selamat Mencuba! Kalau dah cuba mai la share sini.
Terima kasih dan jumpa lagi di Entry lain.
Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.
Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini
No comments:
Post a Comment