Bila tiba hari Raya.... Eh, bukan bukan. Bukan hari Raya. Sebenarnya nak cerita bila tiba Hari Lahir kita memang lebih sinonim dengan kek harijadi. Harijadi je nak Kek, nak kek je Harijadi...eh!
Sekadar gambar hiasan
Kek harijadi macam dah jadi kewajipan bagi kami sekeluarga. Walaupun hanya sepotong kek dari secret recipe pun jadi lah. Buh lilin seketul atas tu.. .haha siapa sama, angkat tangan!
Pada 22 October tahun lepas (ini cerita tahun lepas..hihi) genap lah usia Zuyyin (Puteri sulung kami) yang ke 7 Tahun. Kejap je masa berlalu ye . Rasa macam baru je lahir semalam. Belajar jalan, belajar cakap...tup tup..arini dah ke sekolah pula... (Tetiba rasa sebak pulak...adoi)
Sebenarnya sebelum bulan October lagi Zuyyin dah rancang sambutan harijadi nya mahu di lalukan bersama Cikgu dan rakan-rakan sekelas. Mungkin hobi saya juga suka DIY maka Zuyyin pun request DIY kan kek Harijadi!
Mama yang mendengar ni dah menganga tau. Hahah ye la mana idok nye. Mama ni tangan keras, buat kek tak pernah nye jadik. Kalau buat Mug Kek pandai la, tu pun kacau-kacau, masuk microwave 60saat je dah siap...haha boleh tengok sini untuk Resipi Mug Kek 60 saat.
Maka, nak tak nak, anak punya pasal kita pun google la sana sini cara mudah DIY kek hiasan. Oleh itu, kami pun terjumpa idea untuk beli kek dah siap dan re-decorate kan semula. Ngeh ngeh.
Mengikut request Zuyyin, dia nak kek jenis yang ada coklat meleleh di tepi. Kemudian di atas kek, nak ada ice cream coklat terbalik with spingkles, Cup Cake dan candy. Haaa tu dia... mana dia tengok kek jenis ni mama pun tak pasti. Lebih kurang macam dalam gambar di atas. Haha
Jadi ligat otak mama memikirkan nya. Mula-mula kita pergi menjengah ke kedai kek. Alhamdulillah kek jenis meleleh di tepi memang ada banyak yang ready stok di kedai. Selesai satu bab.
Original Kek dari kedai.
Kemudian kita cari candy bentuk love. Ada banyak di jual di gerai candy di pasaraya tesco dan giant. Kena beli dua, sebab nanti si kecik Zahra pun nak jugak. Haha anak dua camtu la...
Cup cake kita beli yang dah siap. Tak ingat apa nama dia..tapi ia dalam plastik purple. Untuk tulisan Ucapan Birthday kita beli Coklat Bar Crispy.(minta tolong akak di kedai kek tuliskan).
Untuk bentuk ice cream terbalik tu kita guna twiggies dan ice cream cone. Last sekali bahan penting coklat bar untuk tambahan coklat meleleh di atas.
Twiggies di kepal dan bentuk kan jadi bulat. Masukkan di dalam kon ice cream. Letak kan di tempat yang di rasakan sesuai atas kek. Kemudian curahkan coklat cair di atas twiggies tadi dan taburkan sprinkles secukupnya.
Kerja tabur sprinkles bagi pada Zahra. Dia suka tabur-tabur gitu...ahaha
Cucukkan candy dan letakkan cup cake juga di tempat yang sesuai. Akhir sekali, letakkan Coklat Bar yang sudah di tulis ucapan Birthday di bahagian depan kek. Macam dalam gambar. Taadaaa dah siap, Diy kek hiasan kita. Hehe
Untuk cenderahati, Siti belikan Pen bentuk kipas yang ada gambar Unicorn. Pen ni beli di Shoppe, timw tu ada promotion. Jadi harga sebatang pen jatuh 5 posen je. Hihihi.
Bukan main Happy sangat Zuyyin masa Siti bawakan kek dan cenderhati ni. Dengan penuh bangga nya dia menceritakan pada Cikgu dan rakan-rakan, hiasan kek ni, kita buat bersama. Huhuu
Semoga Zuyyin membesar bagai Johan dan menjadi anak yang Solehah. Semoga tercapai segala impian dan cita-cita mu juga tergolong di dalam orang-orang yang suka mendirikan Solat. Amin.
Ayah, Mama dan Zahra Saayang Zuyyin.
Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.
Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini
No comments:
Post a Comment