Sagu Gula Melaka bertukar jadi Slime Bubble Pink??



Sagu Gula Melaka pemanis mulut yang sejuk mata memandang lagi sejuk bila di hirup ketika cuaca hangat di luar. Terasa nyaman seluruh badan bila dapat menghirupnya. Tapi...hati-hati ya..jangan selalu, sekali sekala tak pe. Hehe

Resipi Sagu Gula Melaka ni sangatlah mudah di sediakan. Bahan pun senang di dapati di mana-mana kedai runcit atau pun Kedai Acheh atau pun di pasaraya. 

Siti suka buat sagu gula melaka ni dan di simpan dalam peti sejuk. Nanti waktu petang atau malam bila rasa nak makan, terus je ambil dari peti sejuk dan di hidangkan. 

Bila anak-anak Siti nampak je sagu warna merah ni nak tau tak apa yang diorang fikirkan??

Diorang boleh fikirkan Sagu ni Slime??? Sabo je la bebudak sekarang kan..

Siap bagi nama baharu iaitu, "Slime Bubble Pink"

Hahaha, terbulat mata mama ni tau dengar kome panggil sagu ni Slime Bubble pink.

Pink Slime

Kalau di lihat semula, memang lebih kurang je kan, Sagu dengan Slime.. hahaha

Suka hati la kome anak-anak, janji makan Sagu Gula Melaka mama je ye, jangan makan Slime suda. Ops!

Ok, jom la kita lihata bahan-bahan dan cara membuat Sagu Gula Melaka atau nama Omputihnya, "Slime Bubble Pink". Ahaks.

Bahan-bahan Sagu:

Sagu putih 1 paket
Sedikit Sirap
Air secukupnya

Bahan-bahan Kuah Sagu:

Gula melaka 1 ketul
Daun Pandan
Air Secukupnya
Susu Cair 1 Tin

Cara-cara membuatnya:

1. Rendam Sagu sampai lembut. (Lebih kurang sejam jugak nak tunggu sagu lembut dan kembang. Nak rendam semalaman pun boleh)

2. Tos kan air sagu. Masukkan sagu ke dalam kuali. Dan masukkan air lebih tinggi sikit dari sagu macam dalam gambar ni.


3. Titiskan beberapa titis sirap ke dalam sagu untuk warna merah. Kalau suka color hijau, buboh la pewarna hijau ya. Ikut kesukaan anda.


4. Masakkan dengan api sederhana sampai kesemua biji-biji sagu bertukar jadi jernih macam kristal. Nanti sagu akan jadi lebih likat sikit. Jadi guna sudip yang kukuh untuk mengacau nya ya. Kalau tak nanti sudip boleh tercabut tau. Hahaha

Camni la rupa sagu yang dah hampir nak siap.

5. Lepas dah siap, jangan tunggu lama-lama. Nanti sagu korang jadi bentuk kuali pulak. Kah kah. Jadi lekas la masukkan ke dalam bekas dan dan sejukkan dulu di luar sebelum di masukkan ke dalam peti. Jangan panas berasap tu, kome masukkan kedalam peti ais, habis rosak nanti peti ais mahai tu...


Ok, dah siap bahagian Sagu. Sementara tunggu sagu menyejuk, kita kita buat lah kuah nya ya. 

Cara- cara membuat kuah Sagu:

1. Masukkan air 2 cawan
2. Masukkan seketul gula melaka
3. Untuk lebih bau harum, masukkan seikat pandan. 
4. Rebuskan sampai gula melaka melarut sekata. Tunggu sejuk dan dah siap.

Cara makan Sagu Gula Melaka.


Ambil sikit sagu, curahkan gula melaka dan kemudian tambah sikit susu cair. Dah boleh di makan. Rasanya seeedaap sangat. Lagi sedap di makan ketika sejuk.

Jom lihat apa kata Anak-anak Siti tentang Sagu Gula Melaka atau "Slime Bubble Pink".


Selamat Mencuba.

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini









No comments:

Post a Comment