Resipi Aiskrim ala Baskin Robbin guna 2 bahan


Siapa suka makan Aiskrim???? Semua pun suka kan? Dari si kecik sampai la yang besar.. semua pun pasti suka. Anak-anak Siti dan Husband memang penggemar aiskrim. kalau aiskrim biasa pun dah suka apatah lagi Aiskrim Baskin Robbin. 

Rasa aiskrim Baskin Robbin memang lain dari yang lain. Sedap lagi sangat mengasyikkan.

Tapi sayang tak boleh la nak makan selalu kan. Melain kan memang duit makan tak habis 7 keturunan.  Haha gurau je.. jangan mara haa..

Sejak pihak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan ni Husband Siti suka nak menunjukkan skill memasak dan membuat desert. Hmm boleh tahan jugak idea dan selera dia. Haha kita ikutkan aje, orang nak buat, kita makan je la.. hehe

Bahan untuk membuat Aiskrim Ala Baskin Robbin ni sangat mudah, cuma menggunakan 2 bahan asas dan 1 bahan untuk perasa. Kalau tak nak perasa nak natural Vanila je pun dah sangat seedap tau.

Ok, jom kita lihat apakah Bahan Rahsia tuuuu

2 Bahan asas untuk Aiskrim ala Baskin Robbin:

Whipping Cream Non Dairy 200ml
Susu pekat 3/4 cawan

Perasa:

1cawan milo (optional)

Cara membuatnya:

Encik Suami menunjukkan skill putaran nya. Ada gaya...hehe

1. Whipp Whipping Cream dengan kelajuan sederhana sampai dia jadi Soft Peak. Atau bila kita terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh.

2. Dah cun kembang, masukkan milo dan susu pekat, kaup terbalikkan secara perlahan dengan spatula sampai sebati.

3. Lepas dah sebati dengan cun, masukkan ke dalam bekas dan terus simpan di dalam peti sejuk ruangan beku.  Tinggal aje semalaman. Esok pagi dah boleh menikmatinya. Nyummy.

Tengok ni gelagat kedua-dua anak Siti ni, tak boleh nak tunggu dah. Baru je masukkan dalam peti dah mintak nak rasa. Hahaha sabo je la. Memang tak dapat la ye.. nak tak nak, kena sabo jugak. Ngeh ngeh.

Zuyyin dan Zahra sedang tunggu aiskrim mengeras. Hahaha

Aiskrim dah siap. Rasa lembut dan cair di mulut. Boleh la berangan feeling macam makan Aiskrim Baskin Robbin. 

Kalau nak cuba resipi ni, kena baca sampai habis tau.

Ada sikit pesanan Siti sebelum anda nak mencuba. Sebab semasa proses buat aiskrim ni, percubaan pertama kami gagal. Huhu

Jom lihat Tips Ringkas supaya anda tak ulangi kesalahan yang kami buat.

Tips Ringkas supaya 100% jadi

Whipping cream ni sangat sensisitif tau. Jadi untuk memastikan kejadian nya 100% perfect sila pastikan Whipping Cream sejuk.

Jangan terus whip sejurus selepas balik dari kedai membeli whipping cream. Sebab suhu nya tak cukup sejuk. Bila tak cukup sejuk, ia tak kembang molek. Simpan dulu di dalam peti ais semalaman then baru la buat ya. 

Senang cerita, kalau nak makan aiskrim hari sabtu, dah siap beli whipping cream hari khamis. Sebab nya, pada hari Jumaat kita sejukkan dia. (Ni contoh aje tau... Jangan pulak korang ingat kalau nak beli whipping cream kena beli pada hari khamis malam jumaat aje. Siapa yang cakap, korang pun kata Siti. Jenuh nak explain nanti.. haha)

Whipping cream akan bertukar menjadi butter instead of soft cream kalau terlebih putar. Jadi hati-hati. Buat study sikit cara betul putar whipping cream.

Apa nak buat kalau terlebih putar Whipping Cream?


Beginilah rupanya kalau terlebih putar. Rasa nak putaq putaq je masa masa kebelakang supaya boleh selamatkan whipping cream ni... Huuaaa

Tapi jangan stress sangat. Sebab nya ada cara untuk selamatkan Whipping Cream yang terlebih putar tu. Jangan di buang pulak tau. Memang ia akan kelihatan berketul-ketul camtu... Jangan risau. Redho aje la...

Caranya Tambah 2 sudu heavy cream dan gaul sebati perlahan-lahan. Nanti ia akan jadi soft semula. Ni kalau whipping cream nya belum jadi ketul-ketul macam yang Siti buat tu.. (dalam gambar)

Lagi satu cara, kalau dah jadi berketul macam dalam gambar Siti, tapis semula ketul-ketul tu dengan kain nipis dan perahkan lebihan air. Kemudian kepal kepal kan macam nak buat begedil tu. Sampai jadi macam bola. Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Ianya adalah Butter Milk! Boleh guna sapu atas roti. Sedap tau.


Air yang kita tapis tu boleh guna untuk buat pancake. Tambahkan sedikit demi sedikit tepung yang telah di ayak. Sampai dapat tekstur yang sesuai. Tak pekat sangat tak cair sangat. Sedang molek je na.


Ini dia pancake dari air tapis whipping cream yang terlebih putaq tadi. Rasanya sedap dari biasa sebab ada whipping cream. Jadi lebih lemak berkrim di sukai ramai. Wah gitew.. bubuh pulak coklat cair di atas. Memang tak toleh kiri kanan dah.

Ok, Selamat Mencuba. Kalau gagal sekali itu tak bermakna berhenti. Tapi kena cuba lagi. Sampai jadik. Chaiyo!

Ingin Mencuba Produk Terbaik Shaklee?



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan.

Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

Hubungi saya untuk mendapatkannya secara Ekslusif berserta Konsultasi terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Siti 019-552.2329.

Lihat apa kata mereka yang telah berurusan dengan Siti. Klik sini


No comments:

Post a Comment