Di jangka hidup untuk setahun lagi dan sakit Kanser Limfoma tahap 4, buat Elyana Fobia tidur malam




Semalam selepas penyingkiran Peserta Gegar Vaganza 4, pada minggu ke lima, jatuh pada Elyana. Ramai yang terpinga-pinga dan tak kurang juga ada peminat nya yang mengalir kan air mata selepas Elyana membuat pengakuan bahawa beliau menghidap penyakit Kanser Limfoma tahap 4.

" Saya adalah pesakit kanser Tahap 4, dan masih lagi boleh berdiri di sini ...." Katanya dalam nada menahan sebak 


Di sebalik kelincahan dan semangat Elyana, atau nama sebenarnya Elyana Emrizal untuk menghiburkan penonton dan menyampai kan lagu dengan sebaiknya, rupa nya siapa sangka beliau sedang berjuang melawan penyakit yang di geruni ramai, iaitu kanser Limfoma tahap 4. Dan yang membuatkan lebih ramai terkejut, ialah beliau sudah 7 tahun menghidapinya dan telah berkali-kali menjalani kimoterapi serta berhabisan duit bagi merawat penyakit nya.

Allahuakbar..  kagum saya dengan semangat beliau yang sangat kuat dan tabah nya beliau berjuang melawan penyakit nya dan terus positif demi anak yang perempuan nya, Cinta Sumayyah, yang kini berusia 5 tahun.

Teruskan berjuang Elyana dan jangan pernah beeputus asa untuk melawan penyakit anda. Kami mendoakan yang Terbaik buat anda. Semoga dengan semangat dan aura positif Elyana dapat di jadikan sumber inspirasi kepada pesakit kanser di luar sana. Insyallah.

No comments:

Post a Comment