Bagaimana Pengurusan Wang Cara Bijak dengan 7 Jars Systems





How To Manage Your Financial with 7 Jars Systems 

Mata yang layu boleh jadi segar dengan topik ni kan. kenapa banyak sangat Jar atau balang? Ok, kalau tak ada balang atau tabung, boleh guna kan sampul surat macam saya buat tu. 7 sampul kesemuanya. kemudian simpan di dalam kotak atau saya simpan dalam peti tu. peti tu beli kat giant dengan kumpul sticker. hehehe

Ok, saya kongsikan seringkas yang mungkin supaya semua dapat manfaat daripada sistem ini.

Teknik ini di ambil daripada buku Secret Of The Millionaire Mind.

Ada 7 tabung kesemua nya:

1) NEC - tabung pelbagai benda keperluan & belanja harian, bil, anak dll

2) EDU - jangan kata dah la tak sekolah kadi tak yah belajar. Bukan. Kan kome suka beli majalah la, buku resipi la, buku Pa&Ma la...heheh jadibitu semua masum dalam ni. Dan juga agak2 ada yang Nak g seminar Business dengan Irfan Khairi kan, haa boleh mula menabung dalam ni.

3) LTSS (Long Term Saving For Spending)
Nak beli sesuatu dengan duit yang banyak, contoh rumah, kereta, buat kabinet dll

4) FFA (Financial  Freedom)
Ini tabungan di hari tua kelak, bila kita dah tak larat nak kerja. Dah nak pencen cmtu, boleh la guna buat belanja apa2 nanti kan..

5) Play (leisure)
Ini untuk perkara yang kita suka, seperti hobi menjahit, nak simpan utk beli mesin jahit atau peralatan memancing atau yang suka berjalan2 ke haa simpan dlm ni

6) Give (Charity)
Tabung utk kebajikan. Katakan nnt dah cukup sekian2 nak bagi pada sekian sekian..camtu.

7) Parent (Ibu bapa)
Simpanan utk ibu bapa kita. Katakan kita tidak beri setiap bulan kan..jadi kumpul2 skit dalam ni, nnt dh cukup bagi sekaligus. Bagi yang dah tak punya ibu bapa, boleh la simpan utk buat kenduri atau sedekah atas nama mereka.

Wahh!! Banyak nye kan? 

Jangan risau, semua pun boleh buat jika benar mahu urus kewangan. Bagaimana?

Kita pecahkan mengikut percentage.

1. NEC 50%
2. EDU 5%
3. LTSS 10%
4. FFA 5%
5. Play 10℅
6. Give 10%
7. Parent 10%

Tak berapa jelas, betul? Ok, saya berikan contoh dalam bentuk nilai nya, baru lebih jelas kan.

Ok, Contoh:

Katakan gaji rm1000, maka;

1. NEC 50% = rm500
2. EDU 5% = rm50
3. LTSS 10% = rm100
4. FFA 5% = rm50
5. Play 10% = 100
6. Give 10% = rm100
7. Parents 10% = rm100

Total semua cukup rm1000

Nampak kan? 

Itu kalau gaji rm1000, kome gaji beribu-ribu kan, jadi nnt darab kan aje la..😂 Jadi dari situ kita boleh susun kembali duit kita daripada terbabas, tersasar dan terhutang lebih pulak...

Bagaimana kalau hutang lebih 50% dari gaji?

Anda harus mula berfikir bagaimana selesaikan hutang dengan segera dan langkah pertama cut off semua perkara rapu dan remeh, penting kan yg penting dulu. 

Dan salah satu Tips bayar hutang dengan segera, mula lah jana pendapatan pasif dengan melakukan apa pun perniagaan Yang pastinya haruslah bermodal kecil dan pulangan berbaloi. Saya? Tentulah pilih Shaklee Online😉

Sejujurnya saya baru mula system 7jars ni, pada January 2017 dan tak sabar nak lihat hasilnya nanti. Tak pe, Better late then Never omputih kata. Dah tau, teknik ni, jangan berlengah lagi, jom kita mulakan💪

#tsunamishaklee
#gt12
#7jarsystems
#howtomanageyoufinancial

No comments:

Post a Comment