kira kalori untuk kurus


Sedar atau tak, selama berbulan-bulan kita menjana lemak. Baru lah berat badan berjaya naik 10kilo dalam masa 1tahun atau lebih parah jika berjaya naik 10kg sebulan!

Tiba-tiba apabila sampai satu "seru", rasa nak kurus pulak. Biasanya berlaku bila ada majlis pertunangan, perkahwinan, reunion kan kan..baru la gugel sana sini, camne erk nak kurus 😝

Memang cenggitu pun. Masa makan aritu tak ingat pun risau berat naik, sedar-sedar dah 10kilo baru gelabah. Hah padan muka 👻

Ketahui lah, bahawa berat badan nak naik pun perlu masa dan begitu juga jika mahu turunkan berat badan. PERLUKAN MASA.

Usah terpedaya dengan "kurus dalam masa 5minit" atau "sapu-sapu dah kurus"

Ingat ya, TIADA jalan Pintas untuk kurus. Anda perlu Kira Kalori (jaga pemakanan) + bersenam untuk kesan lebih cepat. Ini Fakta! 😎

No comments:

Post a Comment