Awal2 tahun ni biasanya orang giat pasang azam... Buat vision board (VB)...
Korang dah buat VB?
Atau ada sedikit keraguan tentang VB?
Satu masa dulu, lepas sharing tentang VB, ada sorang contact saya. Beliau tanya, tak apa ke buat VB, apa hukum VB di sisi Islam. Ha gitu.
Saya tanya apa masalahnya. Ada larangan ke?
Kata beliau ye lah.. VB ni cara Barat, bukan cara Islam.
Saya tanya lagi kat part mana yang bukan cara Islam?
Penerangannnya... Sebab bila buat VB ni kita SEOLAH-OLAH NAK MENENTUKAN MASA DEPAN KITA, sedangkan semua Allah dah atur. Kenapa kita nak suruh Allah ikut aturan kita pula?
Terdiam sekejap saya. Jauh benor perginya.
Teringat pula yang beberapa ketika tu kecoh tentang doa ni seolah2 kita nak arahkan Tuhan ikut cakap kita. Till it translated by segelintir insan "Tak payah lah doa, kita tak boleh suruh2 Allah ikut cakap kita".
Benda2 salahfaham begini yang menjadikan kehidupan kita huru-hara.
Memiliki impian adalah satu keistimewaan yang Allah beri kepada manusia. Haiwan takde. Haiwan jalani kehidupan yang rutin serta fight or flight. Kita bukan sekadar fight or flight, kita diberi ilham untuk berimpian, berwawasan, bercita-cita.
Ada satu kisah di zaman Rasulullah, Rasulullah bertanya kepada pembantu yg menyediakan air wuduknya "Wahai Rabiah, katakanlah apa yg kau mahu". Rabiah berkata "Aku mahu masuk syurga bersamamu wahai Rasulullah". Lalu Rasullah bertanya "Itu sajakah? Kamu tidak mahu meminta yang lain?". Rabiah menjawab "Wahai Rasululullah, kalau aku minta harta atau umur panjang,semua tu tak kekal. Aku mahu masuk syurga bersamamu kerana itu cita2 paling tinggi. (Syurga terbaik dengan manusia terbaik)". Akhirnya Rasulullah bersabda "Baiklah, bantulah aku untuk mewujudkan impianmu dgn banyakkan bersujud".
Kisah ini memberitahu kita tentang visi - masuk syurga tertinggi. Rabiah tak cakap "Apa-apa ajelah Rasulullah, yang Allah dah takdirkan tu... OK je aku terima semua" sebaliknya beliau target syurga. Syurga pula bukan syurga cikai2, syurga bersama Rasulullah, of course syurga terbaik. Dan Rasulullah tak pula cakap "OK la, aku sumpah kau masuk syurga bersama aku, pling pling!" sebaliknya Rasulullah dia sendiri yang bertindak - banyakkan sujud.
Itulah tugas VB ni, kasi clear impian kita agar kita boleh bertindak yang sewajarnya.
Kalaulah kita nak pegang 'seolah2 nak menentukan masa depan kita' dah pasti Rasulullah cakap "Ehhh Rabiah, mana boleh.kau kena ikut saja ketentuan Allah, masuk syurga ke tak, mana boleh nak plan2, takleh takleh"
Tapi tak, Rasulullah siap bagitau cara macamana nak capai impian dia.
Islam ajar kita bercita2 tinggi, bukan asal ikut saja apa ada depan mata.
Sultan Murad, ayah Sultan Muhammad al-Fateh, sejak sebelum anaknya lahir lagi beliau dah plot plan untuk takluk Istanbul (Konstantinopel), dan bila anaknya lahir, hari2 ditayangkan peta, pelan kepada anaknya supaya masuk ke dalam jiwa bahawa itulah misi yg si baby tu mesti laksanakan.
Buangkan keraguan, jangan dengar cakap syaitan. Syaitan takmau tengok kita berjaya, dia suka bila kita ada rasa sedih bila tak ada benda yg kita nak (tapi takmau usaha) dan sukaaa sangat2 bila kita menyesal.
Dah tahun 2017 ni. Jom buat VB. Stop funding the devils' party!
From - Lyna Noh
No comments:
Post a Comment