BOM LIDAH
Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel...
"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?"...
"Tidak ada." Jawabnya ringkas...
Kata kakaknya lagi.."Uish!! Takkan camtu?.. Adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa."..
Petang itu ketika suaminya penat pulang dari bekerja..
Dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah...
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu...
Tak lama kemudian.. suami dan isteri ini bercerai...
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya...
Kisah Kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya... "Kamu tak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak2 kamu sudah ramai?”...
Rumah yang tadinya terasa lapang..ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya...
Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya...
Kisah Ketiga :
Seorang kawan bertanya kepada sahabatnya..
''Berapa gaji ko sebulan?"
Kawannya menjawab.." Adala 2 ribu ringgit"...
" 2 ribu ringgit je? Sikitnya!!!..majikan ko x reti menghargai kerja ko.Mana cukup nak memenuhi keperluan hidup nko? "
Sejak itu dia membenci pekerjaannya...
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya... Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya...
Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur...
Kisah Keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua...
"Berapa kali anak2 makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "...
Makcik itu menjawab.. "Sebulan hanya sekali."..
Si penanya menempelak...
"Uish!! melampau sekali anak2 makcik ni.Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."..
Hati si makcik tadi menjadi sedih...
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak2nya...
Makcik tadi mula menangis dan bersedih...
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya sehingga dia jatuh sakit...
Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan2 di atas?
Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain...
Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..
Andai dia berbahagia,lihatla corak dan gaya kehidupannya..
Bukan menghukum dgn membawa cerita..
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki...
Jika terus berperangai seperti itu..
Kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini...
Perosak kebahagiaan orang lain...
Andai ada 'bom' yang meletup...
Cubalah periksa diri...
*Adakah kita yang menyalakan sumbunya?*
~selalu kann..kita tanya soalan-soalan cmtu?
Hati-hati lah semasa kita berbicara, saya juga mengingatkan diri sendiri. Bersama lah kita memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Insyallah
No comments:
Post a Comment