Psoriasis, pernahkah anda dengar tentang Penyakit ini?
Mungkin ada ada antara anda yang belum pernah dengar dan mungkin juga antara anda yang sudah biasa dengan penyakit ini.
Psoriasis bukan sekadar sejenis penyakit kulit, tetapi ia penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk di negara ini dengan 125 juta pesakit di seluruh dunia.
Penyakit ini kelihatan seperti Tompok menebal yang di liputi sisik Sel Kulit Mati berwarna Putih yang biasanya terbentuk pada Lulit kepala, sekitar lutut, siku dan bahagian belakang badan.
Keadaan ini terjadi pada kulit apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit. Sel kulit Normal hidup dan mati kitaran nya selama 21 hari.
Tetapi bagi pesakit Psoriasis Sel Kulit mereka hidup, mati dan tumbuh semula kitarannya hanya 3 hari. ia berlaku begitu pantas hingga ia kelihatan menebal dan berkuping akibat Sel mati Terkumpul dan di bawah Sel Mati itu terus menerus berlaku kitaran Sel kulit yang seterusnya....
Tetapi bagi pesakit Psoriasis Sel Kulit mereka hidup, mati dan tumbuh semula kitarannya hanya 3 hari. ia berlaku begitu pantas hingga ia kelihatan menebal dan berkuping akibat Sel mati Terkumpul dan di bawah Sel Mati itu terus menerus berlaku kitaran Sel kulit yang seterusnya....
Sesetengah orang mungkin menganggapnya penyakit kulit biasa tetapi kesannya ke atas seseorang individu lebih daripada itu.
Sempena Hari Psoriasis 29 Oktober 2018 ini. Ambil tahu tentang Penyakit Psoriasis,
Semua nya akan Siti terangkan di sini, jom kita baca dan semoga bermanfaat.
Psoriasis?
Adakah ia Berjangkit?
Apakah rawatan untuk penyakit ini?
Apakah Punca?
Gejala Psoriasis?
Apa itu Psoriasis?
Proriasis Adalah penyakit peradangan kulit menahun. Penyakit ini umumnya yang ditandai dengan ruam memerah, kulit terkelupas, menebal, terasa kering, dan bersisik. Tanda-tanda tersebut juga terkadang disertai rasa gatal atau perih.
Psoriasis di dalam istilah Sains
Psoriasis:
Masalah kulit yang melibatkan masalah autoimmune
Autoimmune:
Sel imun badan sendiri menyerang sesama sendiri
Phototherapy:
Terapi yang menggunakan cahaya untuk merawat sesuatu penyakit
Masalah kulit yang melibatkan masalah autoimmune
Autoimmune:
Sel imun badan sendiri menyerang sesama sendiri
Phototherapy:
Terapi yang menggunakan cahaya untuk merawat sesuatu penyakit
Adakah Penyakit Psoriasis Berjangkit?
TIDAK. Ia bukan penyakit berjangkit. Tetapi ia cenderung untuk mempunyai serangan yang turun dan naik bergantung kepada punca pada ketika itu seperti faktor persekitaran termasuk tekanan hidup dan juga jangkitan kuman. Ia boleh mengganggu kualiti hidup dan pesakit yang mempunyai masalah ini mungkin boleh menghadapi stress yang tinggi.Gejala Proriasis
1. Kulit merah, kering, terasa tebal dari bahagian kulit yang lain dan kelihatan bersisik.
2. Kuku yang menebal dan tekstur nya tidak rata serta keras.
3. Kulit yang terlalu kering dan pecah-pecah hingga mengakibat luka dan berdarah.
4. Sendi membengkak dan kaku
Faktor Punca Psoriasis
1. Faktor persekitaran:
Banyak faktor persekitaran yang boleh mencetuskan serangan penyakit seperti:
- Suhu yang rendah (Cuaca Sejuk)
- Luka pada kulitJangkitan kuman
- Alkohol
2. Tekanan dan beberapa jenis ubat
Dalam satu kajian, jangkitan kuman pada gusi menyebabkan serangan psoriasis pada seseorang pesakit menjadi teruk. Apabila jangkitan kuman pada gusi dirawat, serangan psoriasis pun berkurangan.3. Faktor genetik
Pesakit yang ada masalah ini mempunyai kaitan dengan keturunan. Apabila seseorang itu mempunyai saudara ataupun adik-beradik yang mempunyai masalah ini, dia juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah yang sama.
Punca yang selalu mencetuskan serangan psoriasis di kalangan mereka adalah jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas dimana mereka mempunyai simptom batuk dan selesema yang biasa. Selepas daripada itu, barulah serangan penyakit ini berlaku
Obesiti juga dikaitkan dengan genetik dan juga masalah yang lain seperti psoriasis. Selalunya bagi pesakit ini, serangan akan menjadi lebih teruk ketika mana berat badan bertambah. Jika berat badan menurun, serangan psoriasis pun berkurangan
4. Faktor imun
Kajian menunjukkan bahawa psoriasis adalah salah satu jenis penyakit ‘autoimmune’. Di dalam penyakit autoimmune, sel imun badan menjadi keliru dan cuba untuk menghapuskan sel badannya sendiri.
Sebab itu kita dapat melihat bahawa terkumpulnya sel darah putih pada bahagian kulit kerana ia cuba menyerang sel kulit itu sendiri.
5. Prognosis
Walaupun penyakit ini selalunya tidak berbahaya, tetapi ia adalah penyakit yang boleh dikirakan sebagai penyakit seumur hidup. Ia mempunyai masa-masa ketika penyakit itu datang menyerang dan baik semula apabila dirawat.
Penyakit psoriasis yang biasa tidak menyebabkan kematian. Tetapi penyakit psoriasis yang teruk boleh meningkatkan risiko kematian awal disebabkan ia boleh membawa kepada penyakit kronik yang lain.
Beberapa penyakit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah ini adalah:
- Penyakit jantung: 90 kajian telah menunjukkan pesakit psoriasis mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi serangan sakit jantung dan strok.Tekanan darah tinggi Kegagalan buah pinggang
6. Komplikasi
Beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit ini adalah:
- Jangkitan bakteria pada kulit yang terlibat
- Mempunyai risiko untuk penyakit limfoma
- Mempunyai risiko untuk serangan sakit jantung atau angin ahmar
- Serangan sendi
- Injap jantung yang bermasalah
Mitos dan fakta mengenai psoriasis
1. Mitos: Psoriasis adalah penyakit berjangkit
Fakta: Psoriasis adalah penyakit kronik yang mengakibatkan sel kulit berkumpul dan membentuk luka. Bagaimanapun, ia tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti atau menjangkitkan psoriasis kepada orang lain.
2. Mitos: Psoriasis disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk.
Fakta: Psoriasis adalah penyakit sistem imun dan tidak disebabkan oleh kekurangan kebersihan. Pencetusnya mungkin termasuk tekanan atau bimbang, perubahan hormon, kecederaan pada kulit, alkohol dan ubat-ubatan tertentu.
Bagaimana mengesahkan samada ada Psoriasis atau tidak?
Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah ini, ia tidak memerlukan pengambilan sampel darah mahupun sampel kulit. Cukup sahaja dengan pemeriksaan dan juga pengambilan sejarah membolehkan seseorang doktor mengatakan seseorang pesakit itu mempunyai penyakit psoriasis ataupun tidak.
Sampel darah boleh diambil jika diagnosa lain diambil kira. Sebagai contoh penyakit Systemic Lupus Erythematosus dan Rheumatoid arthiritis.
Bagaimana Rawatan Psoriasis?
Rawatan bagi penyakit ini selalunya melibatkan penggunaan krim, pengambilan ubat, phototherapy dan juga terapi pengurangan stress.
Pesakit selalunya datang ke klinik ketika serangan psoriasis berlaku dimana kulit pesakit akan kemerah-merahan, menebal dan menjadi gatal-gatal.
Rawatan sokongan lain dan krim:
Beberapa rawatan bila berhadapan dengan perkara ini adalah:
- Pendedahan kepada matahari
- Mandi laut
- Penggunaan krim pelembab seperti gel petroleum dan Penggunaan krim steroid,
- Penggunaan krim dengan campuran vitamin D
- Penggunaan phototherapy
- Penggunaan mesin phototherapy yang mengeluarkan Sinaran UV bersama dengan penggunaan krim direkomendasi untuk rawatan psoriasis. Tetapi ia mempunyai risikonya tersendiri jika digunakan dalam jangka waktu yang lama seperti risiko kanser kulit.
Oleh kerana itu, pesakit yang masih mempunyai simptom yang teruk akan direkomen untuk menggunakan rawatan ini.
Penggunaan ubat:
Pada kes psoriasis yang sangat teruk, beberapa jenis ubat boleh diambil dengan Arahan Doktor seperti:
- RetinoidsMethotrexate
- CyclosporineAzathioprine
- Dan beberapa jenis ubat yang lain
Cara kurangkan symptoms Psoriasis
- Elakkan daripada kecederaan kulit
- Kecederaan kulit perlu dielakkan seperti luka, melecur dan ‘sunburn’ kerana ia boleh menyebabkan psoriasis di tempat tersebut. Psoriasis yang berlaku pada tempat yang cedera dipanggil sebagai “fenomena Kobner”.
- Elakkan daripada penggunaan beberapa jenis ubat
- Jika boleh pesakit perlulah mengelakkan beberapa jenis ubat seperti Ubat tahan sakit jenis nSAIDS (sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan lain-lain lagi)
- Beta-blocker- adalah salah satu jenis ubat tekanan darah tinggi
- Pesakit perlulah juga mengurangkan pengambilan alkohol untuk mengurangkan serangan psoriasis
Link Rujukan:
No comments:
Post a Comment