Resipi Bakwan Sedap Rangup dan Mudah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda pembaca budiman. Sebenarnya resipi dah lama di amalkan cuma tadi semasa mengemaskini gallery ternampak gambar yang sudah siap edit ni. Baru teringat nak share dalam blog.

Nampam tak, kalau kerja nya bertangguh maka mesti terlupa. Ish ish.. korang jangan amal selalu tau... pesan pada diri sendiri jugak.. hhehe

Ok, kalau biasa kita buat cekodok tepung guna ikan bilis, guna roti, kali ini Siti nak kongsikan cekodok sayuran. Ya, sayur pun boleh di buat cekodok tau. Pilih sayuran yang agak keras sikit seperti lobak dan kubis. Sebagai penaik bau dan aroma daun bawang usah di lupakan.

Siti pernah kongsika Resipi Cekodok Roti di sini

Namanya Cekodok sayur tapi ada juga yang panggil nya Bakwan. Resipi Siti ambil daripada Bonda Rozita, pengasas Produk Sendayu Tinggi yang juga ibu kepada Dato Alif Syukri pengasas produk ''huh! Terlajak Laris!".

Bakwan ni sangat sedap di makan masa panas bersama kopi atau teh untuk minum petang atau makan pagi. Memang Nyummy. Tambah pulak cuaca sekarang ni sejuk dan mendung. Lagi la berselera sungguh.

Ok, jom tanpa berlengah lagi moh la kita lihat bahan yang di oerkukap dan cara membuat Cekodok Sayuran yang super simple nih.

Resipi Bakwan / Cekodok Sayur



Bahan-bahan:


1/2 Sayur kobis bulat
1 batang Carrot
1 ikat Daun Bawang
6 biji Bawang putih
Lada sulah
1 biji Telur
4 sudu besar tepung gandum
Garam
Perasa


Cara buat:




Basuh bersih semua sayuran dan tos kan.

Potong kubis dan carrot memanjang dan nipis

Potong daun bawang 1inch

Bawang putih cincang halus

Dalam mangkuk besar, masukkan kesemua sayur dan bahan lain termasuk telur

Gaul sebati kesemuanya

Sesuaikan rasa

Kalau Dah sedap, goreng dengan kuali leper, minyak ala kadar je..

Sudu kan atas kuali dan tekan sikit nak bagi bentuk dia leper dan sayur lekat sesama sendiri

Dah siap.



Tips supaya cekodok rangup dan cantik:



Goreng dengan kuali leper dan minyak yg panas

Api sederhana besar

Jangan goreng lama sangat nanti sayur nya tak rangup

Lepas angkat terus tos dan letak atas tisu utk kurangkan minyak tu

Makan masa panas dan cucah sos dengan mayonis.

Sedap nya

Selamat Mencuba. Kalau anda dah cuba boleh la share kan di sini. Kesudian anda berkongsi dengan saya, di dahulukan dengan ucapan Terima Kasih. Kalau suka boleh saja Share.

Jumpa Lagi😘

No comments:

Post a Comment