Resipi Mee Udon Pedas dengan Ayam Panggang


Mi Udon. 

Sebelum ni Siti tak pernah pun terfikir nak makan Mi Udon. Tapi dalam cerita kartun Ninja yang anak-anak duk suka tengok dengan ayah dia ada juga di selitkan makanan Mi Udon ni.

Walaupun hanya dalam cerita kartun tekak ni tiba-tina pulak rasa teringin nak cuba. Siti memang suka makanan jenis sup dan berasaskan Mee.. hehe

Nak di jadikan cerita nya, masa ke Kipmal beli barang dapur, asal lalu bahagian sayur je ternampak Plastic Mi Udon. Besar lagi tulisan dia. Dua tiga kali ulang alik dan asyik terbaca perkataan "Mi Udon" "Mi Udon".. Akhirnya tangan ni laju je sambar satu peket. kah kah..


Begini lah rupanya plastic Mi Udon. Nampak tulisan nya besar lagi jelas Udon di situ.. harga nya lebih kurang RM3.50.

Dalam satu peket ni ada 300g x 3 bungkus Mee Udon. Dia dah siap pack berasingan dalam tu, tak de la bercampur semua nya. Macam dalam gambar bawah ni..


Rasa Mee Udon

Bagi saya yang first time cuna Mee Udon ni, rasa nya tawarMee nya agak tebal, kenyal dan licin. Lebih kurang macam laksa tu. Cuma laksa lebih lembut lagi dan tidak lah licin sangat.

Maksud Udon mengikut Wikipedia Malay

Udon (うどん,饂飩) adalah salah sejenis miyang sudah dikenal di Jepun sejak dahulu, dibuat dari tepung gandum dan berbentuk tebal serta agak lebar.

Takrifan:
Sesuai dengan piawai JAS, udon berbentuk bulat seperti paip halus berdiameter lebih 1.7 mm, sedangkan udon berbentuk pipih memiliki lebar lebih 1.7 mm. Hiyamugikelihatan serupa dengan udon namun lebih halus. Hiyamugi mempunyai diameter 1.2-1.7 mm dan ketebalan 1.0-2.0 mm. Selain disebut Hiyamugi, udon yang halus juga disebut Hosoudon.
Tepung gandum berprotein sederhana atau rendah dicampur dengan air dan sedikit garam untuk membuat adunan udon. Setelah adunan dipotong-potong, udon boleh terus direbus. Udon rebus biasanya dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada dashidengan tambahan kicap masin yang disebut tsuyu. Di Jepun barat, kuah udon berwarna perang muda dan cair kerana memakai kicap cair (usukuchi shōyu). Sedangkan di Jepun timur, kuah udon berwarna gelap hampir hitam kerana memakai kicap pekat (koikuchi shōyu).
Di Jepun, udon merupakan makanan rakyat, murah dan dimakan sebagai pengganti nasi. Orang Jepun sejak dahulu sudah sinonim dengan udon dan sering dimakan beramai-ramai sewaktu keramaian atau perayaan. Kepelbagaian cara memasak dan jenis lauk yang digunakan berbeza-beza bergantung pada daerah di Jepun.

Sejarah Udon

Pada zaman kuno, udon disebut sebagai "undon". Kononnya, orang Jepun mengenalinya pada abad pertengahan sebagai makanan asal Cina. Hingga sekarang, mi wantan dalam dialek Wu ditulis sebagai 餛飩 dan dibaca sebagai undon.
Dalam kitab Engishiki, "undon" diperkenalkan sebagai salah satu jenis makanan dari dinasti Tang. Tapi "undon" zaman itu lebih menghampiri wantan kerana berupa daging yang dibungkus tepung yang digilis tipis.
Udon kini dahulunya disebut Kirimugi, dan mula disebut "udon" sejak zaman Edo. Pada waktu itu, "udon" adalah nama untuk sejenis masakan berupa kirimugi yang dimakan dengan kuah hangat, atau didinginkan dengan air sejuk setelah direbus
Begitu lah serba sedikit Cerita tentang Udon dan Sejarah nya. Saya pun baru tahu, ada sejarah rupanya Udon ni.

Kalau nak tahu, Udon ni adalah sejenis mee kuah yang sederhana. Sebagai penambah selera dan sedap nya, ia enak di makan bersama lauk yang di letakkan di atas mee semasa makan. Jadi dalam resipi ini, saya buat mee udon kuah pedas di makan bersama lauk ayam panggang
Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya.

Resipi Spicy Mee Udon with Chicken Grill


Bahan Tumis:

Bawang merah, bawang putih potong halus
Cili boh / serbuk cili
Sos tiram
Sos black pepper

Bahan masak:

Isi Ayam di potong kecil
Cendawan Shitake
Lobak merah
Serbuk black pepper
Garam
Gula
Perasa sikit

Cara buat Ayam Grill:

Perap isi ayam yang di potong lebar dengan kicap, sos tiram, sos  black Pepper, garam, bawang putih cincang, serbuk black pepper

Cara masak:

Tumis bahan tumis sampai naik bau,

Kemudian,

Masukkn ayam yg di potong kecik, cendawan shitake dan lobak

Masak sampai agak empuk ayam dan cenadawan nya kemudian masukkan segala jenis sos

Masak lagi sampai agak naik minyak,

Masukkan air semangkuk

Masak lagi sikit sampai mendidih dan masukkan garam, gula, serbuk black pepper dan perasa skit.

Cuba rasa kalau dah sedap, boleh la masukkan mee udon nya.

Biar ia mendidih lagi lebih kurang 3minit.

Pastu boleh la tutup api.

(Kalau tak nak makan lagi, jangan masukkan mee udon, nanti masa nak makan baru masukkan mee nya ya😘)

Untuk Ayam Grill,

Lepas dah perap lebih kurang 5-10 minit, boleh la terus letak atas pan atau kuali leper yang tak melekat.

Grill sampai masak secukupnya

Dah siap.

Cara hidang:

Tuang kan mee udon dan kuah dalam mangkuk, kemudian letakkan ayam yg dah di grill atas mee tu, dan tabur dengan daun bawang memang terangkat bau nya tu. Kalau suka pedas lagi, boleh juga potong cili api atas tu ya. 

Selamat mencuba 💗

No comments:

Post a Comment