Bagaimana mencapai Impian

BAGAIMANA MENCAPAI IMPIAN


.
Alhamdulillah semua impian saya tercapai. Baik impian masa kecik atau impian yg baru timbul semalam.

Kalau ada yg tak capai pun sebab saya yg takmau dah.

Sebenarnya... tercapainya impian ni ada hak2 org tertentu saja ke?

Dalam hidup ni ada 2 benda yg nyata : benda yg kita boleh ubah & benda yg tak boleh kita ubah.

Impian adalah perkara yg kita boleh ubah.

Jgn berimpian utk perkara2 yg kita takleh ubah.

Contohnya nak bgn pagi esok sebagai anak Donald Trump. Tak boleh laaaa. Kita dah lahir dalam keluarga kita oleh mak ayah kita. Kita tak boleh ubah mak ayah.

Kita juga takleh ubah bangsa kita. Lahir2 orang Swiss mana boleh nak jadi bangsa JDT.

Kita juga tak boleh ubah apa yg orang rasa pada kita. Orang sayang ke orang benci ke, tu terpulang kat orang tu depa nak sayang ke benci kita. Tak boleh nak paksa perasaan orang.

Yg kita boleh ubah - DIRI KITA.

Berimpianlah utk diri sendiri. Apa yg kita nak dalam hidup? Apa yg kita nak rasa? Apa yg kita nak alami?

Tak usah berimpian mengarut. Especially nak org suka kat kita... tak payah... buat penat je.

Tapi kita boleh tukar perasaan kita terhadap orang lain.

Orang benci, kita sayang.
Orang firnah, kita doa yg baik2.
Orang ejek, kita senyum.

Takde hal pun kan.

Energy yg kita save dari melayan segala macam perangai orang tu kita channelkan ke tempat yg lebih berfaedah - IMPIAN KITA.

Kadang2 kita nk banyak fikir pasal org (yg tak suka kita) daripada masa depan sendiri.

Alangkah malang dan ruginya.

So, that’s it.

Nak capai impian hanya semudah - JGN LAYAN BENDA YG TAK BOLEH KITA UBAH.

Kita pun akan kurang merungut tp lebih banyak bersyukur. Bukanlah makin byk kita bersyukur makin bertambah nikmat-Nya?

Say good bye to sikap nak kelihatan baik dalam pemikiran orang lain. Kalau kita baik, kita baik. Biarlah orang lain fikir kita tak baik pun, ITU MASALAH MEREKA. Kita? No problem. Yg penting, jgn berburuk sangka dgn orang lain.

Senang je nak capai impian kan?

Jom sempena nak masuk tahun baru ni, let go semua benda yg tak berkaitan dgn kita (as individu) & JOM CAPAI IMPIAN!

Feel free to LIKE & SHARE

By Lyna Noh

No comments:

Post a Comment