Review Solaris Pro Cera Cookware redeem di Giant

Solaris Pro Cera Cookware review



Bulan lepas saya berjaya redeem periuk Solaris Pro Cera yang kini hangat di Giant. Hahaha

Sebab apa hangat? Sebab memang periuk nya berkualiti tinggi dan pemegang nya tak panas. Penutup pun memang cun terletak atas periuk.

Apa yang menarik ialah, jimat gas. Saya beli periuk saiz paling kecil sebab saya nak buat bubur atau sup untuk anak saya yang kini berusia 8bulan. Jadi sesuai sangat la yang kecil.

Kalau sebelum ni saya guna periuk biasa, penyediaan bubur dalam 20minit. Tapi dengan periuk cera ni, dalam 10minit dah siap. Maksud siap ni, masa memasak nya. Tak termasuk potong2 bawang tu semua tau (saya nab memotong dan penyediaan ni memamg slow sikit.. kikikii) Maksud di sini, masa untuk mereneh tu lebih cepat.

Mungkin buatan nya yang stainless steel di permukaan bawah dan api panas sekata. Di tambah dengan penutup yang cun tu, cepat la sup atau bubur nye di reneh kan.

lepas ni nak redeem yang besar pulak, boleh buat gulai. (Terus Dan dan rajin masak gulai.. ahaks)

Ok, jangan lupa kumpul sticker dan tampal. Kemudian redeem di Giant berhampiran anda. Tempoh promosi periuk ni hingga March 2018. Banyak lagi masa kalau anda nak collect kesemua Set periuk tu. Hehehe

Ok, selamat memasak dengan Periuk Solaris Pro Cera. Daaa