Elak Saraf Terus Rosak dengan Enam Jenis Vitamin ini untuk Pesakit Diabetes


Antara simptomp penyakit kencing manis ialah kerosakan saraf. Kerosakan saraf ini adalah amat menyakitkan. Rasanya seperti di cucuk-cucuk dengan jarum di bahagian kaki dan tangan.

Di sebabkan komplikasi ini sukar di diagnosis kebanyakan pesakit memilih untuk cuba membiasakan diri dengan keadaan ini tanpa mencari alternative untuk membaikinya.

Tahukah anda, kerosakan saraf boleh di baiki dan kesakitan yang di alami dapat di kurangkan. Seterusnya pesakit dapat menjalani kualiti kehidupan harian yang lebih baik.

Melengkapkan nutrisi dengan mengamalkan vitamin-vitamin penting untuk pesakit kencing manis adalah sangat penting. Ini bagi membantu tubuh badan supaya boleh terus menghasilkan insulin secukupnya. Selain itu juga turut membantu mengawal bacaan gula di dalam darah supaya stabil.

Apabila gula stabil dan berada di paras yang selamat, ini mampu mengelakkan komplikasi seperti saraf rosak. Begitu juga dengan komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, mata kabur dan buta.

Enam vitamin ini telah terbukti memberikan kesan postif buat pesakit Kencing Manis. Berikut adalah jenis vitaminnya:

1- Multivitamin

Pengambilan Suplement multivitamin dan mineral setiap hari mengurangkan jangkitan kuman. Ia juga mengurangkan hari sakit buat pesakit.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology in 2001, seorang lelaki dewasa yang mengambil multivitamin akan mengurangkan risiko penyakit diabetis. Begitu juga untuk wanita dewasa.

Jika anda mahu mengambil multivatimin termasuk juga iron yang berkualiti anda bileh mencuba Vita Lea with Iron Formula. Anda tidak perlu mengambil vitamin secara berasingan. Kecuali anda mengalami masalah kekurangan satu-satu jenis vitamin. Maka anda boleh menambahkannya di dalam senarai vitamin kencing manis.

2-Vitamin B3

Pengkaji dari University of Iowa telah menemukan Niacin atau Vitamin B3 membantu mengurangkan gula dalam darah dan mengurangkan lemak pada hati. Ia juga menghalang masalah neuropati bagi tikus yang ada diabetis jenis 2.

Ketau pengarang kajian yang dijalankan pada May 2016 ini juga membuktikan bahawa, Niacin menghalang masalah pre-diabetis dan tikus yang ada diabetis dari kerosakan saraf. Ia juga mengekalkan reaksi pada kepanasan.

Hasil ujian ini memberikan satu bukti bagi membolehkan kajian baru dijalankan ke atas manusia. Ini bagi melihat kesan vitamin B3 kepada masalah metabolik, termasuklah kencing manis jenis 2, obesiti, hati berlemak dan masalah neuropati.

3- Vitamin B6 dan B12

RCT (A Randomized Controlled Trial) telah diadakan di lima pusat medik universiti di Canada pada May 2001 dan Julai 2007. 283 pesakit diabetis yang telah menerima terapi vitamin B menunjukkan pengurangan kerosakan buah pinggang akibat kencing manis. Kesihatan pada arteri juga semakin baik.

Pesakit kencing manis yang mengalami masalah buah pinggang didapati ada banyak bahan kimia bahaya homocystiene di dalam darah. Mereka yang menjalani terapi vitamin B yang mengandungi asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 telah menunjukkan perubahan. Tahap homocysteine di dalam darah telah menurun.

4- Vitamin C

Merujuk kepada laporan yang diterbitkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, diabetes mellitus menurunkan kandungan vitamin C di dalam darah. Data yang diperolehi oleh National Health and Nutrition Examination Survey (1988–1994), telah menunjukkan purata vitamin C di dalam darah menurun bagi pesakit yang baru disahkan menghidap diabetis berbanding mereka yang tiada penyakit diabetis.

Satu lagi kajian oleh NCBI, vitamin C membantu melebarkan arteri supaya perjalanan darah menjadi lebih baik. Kajian ini dilakukan ke atas pesakit kencing manis yang tidak bergantung dengan insulin.

5- Vitamin D

Seperti yang telah diterbitkan di Endoctrine Society, laporan telah menyatakan bahawa kekurangan vitamin D dan kalsium memberikan kesan negatif kepada kawalan gula di dalam darah. Ia juga menunjukkan kombinasi kedua-dua nutrisi bagus bagi mengawal gula di dalam darah.

Satu lagi kajian Spanich juga membuktikan bahawa kekurangan vitamin D menggangu sintesis dan penghasilan insulin. Insulin yang cukup sangat penting buat pesakit kencing manis.

6- Vitamin E

Kajian orang Itali yang telah diterbitkan di dalam American Diabetes Association journal Diabetes Care menunjukkan vitamin E boleh mengurangkan protein glycosylation, ini perkara yang sangat baik buat pesakit kencing manis.

Vitamin-vitamin ini tidak mampu merawat penyakit kencing manis. Kencing manis adalah penyakit seumur hidup. Namun ianya mampu membantu anda mengawal kencing manis dengan baik.

Kawalan dan pengurusan diabetis adalah perkara paling utama bagi mengelakkan penyakit Diabetes bertambah teruk sehingga mendatangkan pelbagai komplikasi.

Selain dari vitamin-vitamin di atas, saya juga mencadangkan minuman Tinggi Antioksidan, iaitu Vivix sebagai vitamin khas buat pesakit kencing manis.