Teknik Hypno-Breastfeeding bantu banyakkan susu ibu yang sudah semakin merudum

Susu saya semakin sikit....

Biasanya bila bayi anda dah besar sikit, memang badan akan mula terasa seperti kurang menghasilkan susu ibu. 

Kenapa ini terjadi? Dimanakah silapnya? Adakah susu ibu akan menjadi kering dan niat asal nak menyusu kan bayi hingga dua tahun terpaksa di lupakan?

Pelbagai persoalan sedang bermain di minda. dan perayalah, jika ibu ibu lebih stress dan memikir kan yang buruk buruk, ia akan bertambah buruk tau... jadi bawalah bertenang dan cuba lah mencari jalan untuk teruskan perjuangan penyusuan anda. 

Di sini saya nak kongsikan sedikit faktor yang mempengaruhi susu ibu berkurang dan Teknik Hyno-Breastfeeding untuk membantu banyakkan susu ibu yang dan mula merudum. insyallah. 

Antara faktor yang mempengaruhi Susu Ibu berkurang:

1. baby kurang menyusu direct
2. baby mula ambil solid food
3. baby mula menyusu dalam masa yang sekejap, tidak lagi lama menghisap


Faktor ibu pula:

1. perubahan hormon
2. keletihan
3. ibu tidak makan dengan baik (skip makan, makan sikit sebab kesuntukan masa, kurang makan makananseimbang dan sebagainya)
4. tekanan atau stress tugas sebagai ibu dan tugas di tempat kerja
5. kurang mengepam susu

Adakah mengalami salah satu dari faktor di atas?

JIka YA, di sini ada satu Tips yang boleh diamalkan

image


Teknik Hypnobreastfeeding:

1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula.
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu
- hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan bayi.
4. Masuk ke tempat yang sunyi
5. Pasang alunan zikir
6. Pasang aromaterapi yang menenangkan
7. Duduk tegak bersandar
8. Rilekskan otot
9. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
10. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh...
11. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
12. Masukkan setting positif “i boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun”!!

Selain dari melakukan Teknik Hypno-Breastfeeding, ibu juga perlukan sokongan dari segi Nutrisi untuk membantu ibu kembali cergas dan membekalkan susu ibuyang lebih berkualiti.

4 Element yang penting dalam menyokong penyusuan ibu kepad bayi ialah:

1. Air
susu ibu teridiri daripada cecair. Jika ibu kekurangan air, logik nya memang lah susu ibu juga akan turut berkurang. jadi ibu perlu lebih banyakkan minum air masak. lagipun ia juga sangat bagus untuk kecantikan kuit tau.

2. Protien
Selepas air, komponen utama susu ibu ialah protien.

3. Kalsium
Penting untuk pastikan ibu mempunyai kalsium yang cukup untuk diri sendiri dan juga bekalan kepada bayi. Kekurangan kalsium dalam badan akan mengakibatkan kerapuhan tulang punca ibu merasa cepat letih, lesu dan lengoh di sana sini.

4. Vitamin asas seperti Vitamin A, C, B Complex dan mineral juga penting untuk menyokong keperluan saraf dan darah ibu agar badan tidak "kekeringan" nutrisi semasa menyusu dan penghasilan susu ibu juga akan berjalan lebih lancar.

Selamat Mencuba