Ragam Anak kedua
Assalamualaikum kepada semua Pembaca budiman yang sudi meluangkan masa berjalan-jalan ke blog cantik sini cantik sana. Ewah!
Ada ke yang tertanya-tanya datang mana la nama cenggini kan? Haa kalau ada yang tertanya-tanya ada Siti cerita kan kisah di sebalik nama blog dan juga nama FB Page Siti ni. Boleh la jemput baca di sini.
Eh! Bukan cerita nama blog yang nak di kongsikan, tapi cerita ragam anak kedua Siti ni.
Nik Zhafira Az Zahra bt Nik Azizon nama yang di berikan kepada Puteri kedua kami.
Nama nya ber Maksudnya:
Nik - keturunan belah kelantan
Zhafira - Selalu Beruntung
Az-Zahra - Cemerlang, Pintar, terang benderang
Alhamdulillah, selamat lahir pada bulan April 2017 dengan berat 3.1kg. Nama manja nya kami panggil Zahra.
Kalau ikut kan kata servey, anak kedua perangai nya macam ni. Betul ke tidak.. Wallahualam. ..
Zahra ni lain sikit dari kakak nya Zuyyin. Dari segi rupa nampak nya Zahra ada lembut sikit. Tapi tapi, jangan terpedaya dengan rupanya manis dan lembut tu tau... Hahaha sebab nya Zahrah ni agak lasak sikit berbanding kakak nya dan paaanjaaang akal. Ada je yang dia nak buat nak kena kan kakak nya Zuyyin yang pada waktu ini berusia 6 tahun.
Zuyyin lemah lembut dan penuh keperempuanan sifatnya. Jadi biasanya apa pun yang Zahra buat, Zuyyin "Redha" je... Dan menangis... Aduhai Zuyyin..
Bagus juga, lembut hati nya. Zuyyin pun tak mau bergaduh dengan budak kecik. Katanya... Lebih baik dia menangis aje... Zuyyin Zuyyinnn..
Tengok je la pada gambar atas tu, mula mula je baik, semua orang senyum, lepas tu, last sekali terus nak kena kan orang. Sebenarnya, Zahra tak puas hati sebab rambut dia tak boleh di ikat macam kakak dia. Hahaha
Pada Usia sekecil Zahra ni, 1 tahun 6 bulan dia sudah pandai panjat pagar dan turun semula dengan selamba, naik tangga turun tangga. Apatah lagi kalau panjat kerusi meja tak yah lah kata...dia panjat lepas tu terjun camtu je.. kuuusss semangat kau nak... Pernah sekali dia panjat atas meja dan dia terjun kepala dulu... Haa tak sempat nak sambut, time tu tengah tuang air... Apa lagi... Bertelor atas dahi seminggu... Alhamdulillah tak pula demam ..
Bagi peluang Zahra nak naik tangga sendiri, sungguh-sungguh suruh mama jangan pegang dia. Kalau pegang bising dia suruh kita ke tepi... Ish ish
Zahra memang suka teman mama masak. Panas berpeluh pun tak pe, sebab dia boleh makan dulu dari orang lain .. hahaa bertuah betul.
Nampak? Zahra kalau boleh semua perkara nak buat sendiri, suruh masak sendiri baru tau... Hahahaa
Kalau bab makan, haa memang hobi dia agaknya buat masa ni. Alhamdulillah semua pun boleh. Pedas pun tak de masalah. Senang mama masak nak...
Ni sekarang sudah pandai sebut beberapa perkataan, "mama", "nak", "duduk", " kakak", "ayah" "drink" hahaha special, dia nak minum dia jerit je.. "mama... drinnkkkk" kiutt sangat.
Mainan semua dia tak layan. Jimat. Sebab dia suka apa saja yang di pegang kakak, ayah atau mama dia... Haa kau jaga-jaga jangan asyik pegang handfon ja..nanti dia rampas dan buang... hahaha sebab nak suruh main dengan dia...
Zahra juga sudah pandai pakai tudung sendiri, tapi gaya dia... Senget benget, nak tolong pakaikan tak mahu...haa pakai la sendiri nak...
Ni sebenarnya tudung sekolah kakak dia. Zahra pakai sendiri, tu la senget sampai ke telinga pin nya tu.. haha
Muka puas hati dapat pakai jam kakak nya
Masa ni Siti sedang solat.. dan ini lah hasilnya bila 5 minit tak di perhatikan mama.. Ish ish..
Sama jugak masa makan, nak makan sendiri...aduuhhh tengok je la gambar tu.. agak-agak nak jadi hijau ke merah??
Hahaha.. tapi Siti layan je la...dah comot, hmm lap je la... Insyallah nanti dah besar sikit, jari pun dah pandai pegang sudu betul-betul, tak comot dah... Buat sementara ni, makan je la ye nak.. biar pun sudu masuk ke hidung... Hahaa
Masa mandi pun sama... Nak mandi sendiri... Aduuuhhh .. geram jugak, sebab nya lepas sabun, sabun lagi, lepas tu sabun lagi... Pulak tu dia sabun kat perut jee.. hahaa maybe tangan dia pendek lagi, jadi yang sampai tang perut je la... Lawak betul ..
Nak pakai pampers lagi satu hal... Kena kejar dia, laju je dia melarikan diri. Ish ish.. sib mama ni boleh tahan juga kuat lari.. haha jadi pampers yang sesuai adalah dry pant aje. Tak boleh yang lekat lekat tu. Habis senget semua nanti... Huhuu
Melihat kan gelagat anak-anak ni, rasa nak minta tuhan berhenti kan saja masa ni, supaya jangan bagi diorang besar. Biar kecik saja.. hahaa sebab jika nanti dah besar tak de lagi nak main lari lari masa pakai baju dengan mama... Huhuu sedih pulak rasa .
Apa pun, membesar lah dengan riang gembira wahai anak anak mama semua. Semoga jadi orang yang berguna pada Bangsa, Agama dan Negara. Amin.