, ,

Info Maltodextrin dari root of medicine

4/17/2017

Info Maltodextrin dari root of medicine:-
Penjelasan berkenaan maltodextrin dan juga high fructose corn syrup(HFCS)
Beberapa hari yang lepas ada diviralkan berkenaan maltodextrin dan  juga sirap jagung berfruktose tinggi/high fructose corn syrup(HFCS). Dikatakan ianya banyak di dalam produk dan juga menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum pada kanak-kanak. Kami ingin menjelaskan beberapa perkara agar benda ini tidak disalah ertikan daripada sudut sains:
1) Di dalam post tersebut, ada menyatakan bahawa Maltodextrin adalah berasal daripada HFCS. Ini merupakan fakta yang salah.
Fakta sebenar: Maltodextrin berasal daripada kanji(starch) yang boleh diperolehi daripada jagung, nasi dan juga kentang. Begitu juga HFCS. Ianya berasal daripada kanji yang boleh kita dapati daripada sumber yang telah saya terangkan. Tiada perbezaan daripada struktur molekul kanji mahupun maltodextrin yang dihasilkan daripada jagung, nasi mahupun kentang. GMO ataupun tidak, kanji yang dihasilkan mempunyai struktu yang sama. Kecuali kanji yang dihasilkan oleh gandum. Ia mungkin akan ada sedikit kandungan gluten.
2) Maltodextrin terhasil daripada hydrolysis separa pada kanji. Seperti yang kita tahu, kanji merupakan rantaian glucose yang sangat panjang dan bercabang-cabang yang terdiri daripada amylose dan amylopectin. Dalam penghasilan Maltodextrin, enzim alpha amylase digunakan untuk menguraikan rantaian glukosa tersebut. Disebabkan hydrolysis itu hanya dijalakan secara separa(partial) sahaja, maka ianya akan menghasilkan rantaian glukosa yang pendek berbanding dengan kanji.
3) Manakala HFCS pula terhasil daripada hydrolysis kanji yang sepenuhnya hingga menghasilkan monosaccharide glukosa. Maksudnya, kanji diuraikan sehingga mana tiada lagi rantaian glukosa. Yang ada hanyalah molekul glukosa yang wujud secara individu. Setelah itu, enzim xylose(glucose) isomerase digunakan untuk menukarkan glukosa kepada fruktosa. Oleh itu, saya tekankan lagi sekali, maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Tetapi berasal drpd kanji itu sendiri
4) Kita pergi kepada kegunaan pula. Maltodextrin digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan(Food additive). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti simpanan dan juga menambah perisa pada makanan tersebut. Manakala HFCS pula ditambah dalam makanan untuk sebagai pemanis. Disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan dan kosnya murah, maka negara terutamanya eropah yang menghasilkan gula daripada jagung selalunya akan menggunakan pemanis HFCS ini.
5) Tidak dapat dipastikan yang HFCS ini digunakan pada perkara-perkara lain seperti pada plastic, minyak wangi, bateri dan peluru seperti mana yang dikatakan dalam post tersebut
6) Penggunaan Maltodextrin dan juga HFCS memang banyak digunakan dalam produk-produk luar negara seperti yang tertera. Ini kerana harganya yang sangat murah
7) Disebabkan Maltodextrin dan HFCS merupakan gula yang ringkas, maka ianya sangat senang diserap oleh badan. Berbanding kanji, rantaian glukosa yang panjang dan bercabang membuatkan ianya sedikit sukar untuk diuraikan dalam badan. Oleh itu, ianya memberi sedikit sebanyak makanan kepada bakteria di dalam usus supaya dapat membiak
8) Maltodextrin dan HFCS tidaklah menyebabkan leptin turun secara ‘direct’. Mekanismanya lebih panjang dan kompleks daripada itu. Ianya bermula disebabkan maltodextrin dan HFCS adalah gula yang ringkas, maka ianya senang diserap oleh badan. Kandungan gula dalam darah akan cepat meningkat bila mengambil makanan yang mempunyai bahan-bahan tersebut. Disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dan  ianya tidak digunakan, maka badan akan menukarkannya kepada lemak dalam ‘adipose tissue’. Perlu diketahui bahawa setelah kita makan, adipose tissue akan merembeskan hormone leptin untuk memberi perasaan yang kita sudah kenyang. Tetapi apabila kita mengambil gula yang banyak, maka lagi banyak adipose tissue yang terhasil(seseorang itu akan menjadi obese) dan pada akhirnya menyebabkan ‘leptin resistance’(hormone leptin tidak berkesan). Pada ketika inilah, hormone leptin tidak dpt memberikan perasaan kenyang dan sesorang itu akan rasa asyik lapar sahaja.
9) Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan bahawa mengambil maltodextrin dan HFCS boleh menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum. Tetapi ianya boleh menyebabkan kegemukkan(obesity) yang pada akhirnya menyebabkan kencing manis
Kesimpulan
1) Maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Maltodextrin dan HFCS adalah berasal daripada kanji
2) Tiada kajian benar-benar membuktikan gula tersebut boleh menyebabkan tantrum yang teruk pada kanak
3) Gula tersebut merupakan gula yang ringkas dan senang diserap oleh badan. Jika tidak digunakan, maka ianya akan ditukarkan pada tissue lemak dan ini boleh menyebabkan obesiti

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

About Me

My photo

Saya Siti Zubaidah bt Basrah merupakan seorang isteri kepada En.Suami yang bernama Nik Azizon b Abd Samad dan Mama kepada Si Comel Nik Azeeza Zuyyin juga pekerja untuk sebuah Syarikat. Saya ingin mengajak anda semua juga keluarga saya untuk bersama hidup sihat dan ceria serta Cantik sini Cantik sana dengan mengamalkan produk yang di jamin Halal dan berasaskan bahan semulajadi. Saya juga adalah indipendent Shaklee Distribuor dan COD anda di sekitar Puchong, Kinrara, Equine Park, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Dengkil, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia

Most Welcome